Peninggalan Legasi Kim Pan-Gon

Kim Pan-Gon telah meletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya. Pengumuman pengunduran beliau itu dibuat dalam sidang media khas yang berlangsung di Wisma FAM pada 16 Julai 2024.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menerima keputusan Pan-Gon dan bersetuju untuk melepaskan beliau dengan persetujuan bersama, biarpun jurulatih yang berasal dari Republik Korea masih berbaki kontrak dengan FAM sehingga Disember 2025.

Antara kejayaan Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-Gon, yang telah berkhidmat sejak Februari 2022, termasuk membawa Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas tempoh 43 tahun dan mereka telah meningkat ke tangga ke-130 dalam ranking FIFA (kini 135).

Penolong ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente akan menggantikan Pan-Gon sebagai pemangku ketua jurulatih. Beliau akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih kebangsaan, E. Elavarasan. Barisan kejurulatihan lain iaitu penolong jurulatih, Park Bobae, jurulatih penjaga gol, Cho Junho, jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun akan terus kekal bersama Harimau Malaya.

Legasi Lagenda mengucapkan selamat maju jaya kepada Coach Kim Pan-Gon.

//

Coach Kim Pan-gon Leaves his Legacy

Kim Pan-gon has resigned as head coach of Harimau Malaya. He announced that he was stepping down from the role during a special press conference held at Wisma FAM on July 16, 2024.

The Football Association of Malaysia (FAM) has accepted Pan-gon’s decision and agreed to release him, despite that the Korean coach’s contract with FAM would have been until December 2025.

Among Harimau Malaya’s successes under Pan-gon, who has served the team since February 2022, includes bringing Malaysia to qualify for the Asian Cup on merit for the first time in 43 years. They had also risen to No. 130 in FIFA’s rankings (now 135).

Assistant head coach Pau Marti Vicente will take over responsibilities as acting head coach. His right hand man will be assistant head coach, E. Elavarasan. Other members of the coaching staff including assistant coach Park Bobae, goalkeeper coach Cho Junho, fitness coach Jihyeon Park and performance analysis coach Lim Jaehun will remain with the Malaysian team.

Legasi Lagenda wishes Coach Kim Pan-gon all the best in his future endeavours.

Leave A Reply

Your email address will not be published.