Terima Kasih, Para Pengunjung Galeri Harimau Malaya!

Legasi Lagenda ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara atas kesudian menjemput kami untuk menjayakan pameran Galeri Harimau Malaya di Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 23-26 Mei, 2024 di Johor.

Kami sangat berbesar hati dengan peluang yang dapat mendekatkan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Malaysia dengan sejarah perjalanan bola sepak negara. Kami berharap kerjasama sebegini rupa dapat diteruskan pada masa hadapan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada puluhan ribu pengunjung Galeri Harimau Malaya atas sambutan meriah anda. Pihak kami memang teruja dengan respons yang luar biasa daripada anda semua.

Sesungguhnya matlamat kami telah tercapai dengan golongan dewasa dan yang berumur dapat bernostalgia dengan bahan pameran seperti jersi, pingat, foto dan memorabilia Harimau Malaya.

Golongan muda dan kanak-kanak pula dapat mempelajari tentang sejarah Harimau Malaya terutamanya kejayaan yang diraikan semasa zaman kegemilangan 1970-80an serta mengenali legenda-legenda bola sepak dengan lebih dekat. Kami percaya kecemerlangan legenda-legenda ini dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda dan yang akan datang,

Para pengunjung pameran ingin insiatif kami diteruskan pada masa hadapan. Seperti kami, mereka juga berharap agar Galeri Harimau Malaya akan bertapak di tempat yang tetap dalam waktu terdekat ini.

Sokongan dan kata-kata semangat tentunya menyemarakkan lagi gerakan dan usaha kami untuk merealisasikan Galeri Harimau Malaya dalam waktu terdekat.

“Legasi legenda dikenang, yang kini dijulang.”

#LegasiLagenda

#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang

#MuziumSukanMalaysia

#galeriharimaumalaya

#SambutanMingguPerpaduan

#SMP2024

#KembaraPerpaduan

Leave A Reply

Your email address will not be published.