πŸ‡²πŸ‡Ύ Promo Kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Dapatkan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang di sini.

Pada bulan Mac ini, pasukan Harimau Malaya akan meneruskan perjuangan mereka untuk layak ke Piala Asia 2027 dan Piala Dunia 2026.

Semangat rakyat Malaysia semakin padu untuk menyokong pasukan tanah air setelah persembahan mereka di Piala Asia 2023.

Sempena itu, Legasi Lagenda ingin menawarkan harga istimewa kepada peminat bola sepak Malaysia untuk penerbitan sulung kami, buku ‘coffee table’ DATO SHUKOR SALLEH – JENERAL PADANG.

Legasi Lagenda menjemput semua untuk mendekatkan diri dengan legenda-legenda dan sejarah bola sepak negara kita, khususnya zaman kegemilangan Harimau Malaya sekitar 1970an.

Menerusi buku ini, Legasi Lagenda menyingkap latar belakang dan sejarah kehidupan Dato’ Shukor Salleh sehingga beliau muncul sebagai sendi di sebalik penonjolan Pulau Pinang selaku kuasa domestik serta antara perancang tengah terbaik negara sepanjang zaman.

Dari Pestabola Merdeka ke Kelayakan Sukan Olimpik, buku ini juga lengkap dengan hampir 300 foto eksklusif yang termasuk legenda-legenda Allahyarham Mokhtar Dahari, Datuk Wira Soh Chin Ann, Datuk Santokh Singh dan ramai lagi.

Pesan buku Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang termasuk ‘bookmark’ percuma dengan harga promo RM145 sahaja hanya di http://legasilagenda.com/shop.

Jom, dapatkan sekarang! Promosi ini akan berlangsung untuk sebulan sehingga 29 MAC 2024.

Leave A Reply

Your email address will not be published.