Selamat Hari Lahir, Lim Fong Kee!
Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-72 kepada Olimpian negara, Lim Fong Kee!
Lebih dikenali dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia sebagai “Fung Kee” setelah diberi nama panggilan menarik itu oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor, Dato’ Harun Idris. Namun, Fong Kee menggunakan semula ejaan nama kelahirannya setelah berhijrah ke Hong Kong untuk bermain bola sepak secara profesional.
Seorang penjaga gol yang lebih selesa bermain tanpa sarung tangan, Fong Kee dipilih untuk menyertai pasukan belia Selangor buat pertama kali untuk Piala Burnley 1969, di mana mereka dan Sabah muncul sebagai juara bersama. Pada tahun yang sama, beliau turut mendapat peluang bermain dengan pasukan Malaysia di Kejohanan Bola Sepak Sekolah-sekolah Asia. Fong Kee berasa sangat bangga untuk mewakili Malaysia pada usia yang muda.
Pada tahun 1971, Fong Kee menyertai pasukan senior negara untuk kejohanan antarabangsa pertamanya, iaitu Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan. Walaupun beliau berada dalam pasukan kedua, Fong Kee memang gembira setelah dapat menunjukkan mutu persembahan yang tinggi dan berjaya memenangi semua perlawanan kumpulan sebelum seri 1–1 menentang Vietnam Selatan pada perlawanan akhir.
Kemuncak kerjaya Fong Kee tentunya adalah bermain di Sukan Olimpik Munich 1972. Pada masa itu, beliau merupakan penjaga gol kedua kepada Wong Kam Fook, yang bermain dalam ketiga-tiga perlawanan. Namun, pada perlawanan ketiga dan terakhir, menentang Maghribi, Fong Kee menggantikan Kam Fook pada minit ke-27 dan dapat bermain sehingga wisel penamat dibunyikan.
Pada tahun 1974, Fong Kee menerima tawaran yang tidak dapat ditolak. Beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke Hong Kong untuk bermain bersama Seiko FC. Kerjaya profesional baharu beliau datang dengan gaji sekitar RM2000 sebulan dan beliau juga dijanjikan pekerjaan dengan syarikat Seiko setelah bersara.
Tahun itu juga menyaksikan penampilan terakhir beliau bersama Harimau Malaya di Pestabola Merdeka 1974. Ia sebagai penamat gemilang bagi Fong Kee kerana beliau dapat menjulang trofi Pestabola Merdeka buat kali terakhir, sebagai juara bertahan, setelah menewaskan Korea Selatan 1–0 di pentas akhir.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya
Legasi Lagenda wishes a very happy birthday to national Olympian, Lim Fong Kee!
Better known among local football fans as “Fung Kee” after given the catchy nickname by the President of the Selangor Football Association, Harun Idris, Lim reclaimed his birth name when he began playing football professionally in Hong Kong.
A goalkeeper who preferred to play with bare hands, Lim was first selected to join the Selangor youth team for the 1969 Burnley Cup, where they emerged as joint champions with Sabah. In the same year, he also received the opportunity to represent Malaysia at the Asian Schools Soccer Tournament. Because of that, he felt very proud to play for Malaysia at a young age.
In 1971, Lim joined the national senior team for his first international tournament, which was the South Vietnam Independence Cup. Although part of the second team, Lim beamed with pride as they showed a performance of high calibre, winning all their group matches before a 1–1 draw against South Vietnam in the final round.
The pinnacle of Lim’s career was playing at the 1972 Munich Olympic Games. At the time, he was second to Wong Kam Fook, who played in all three matches. During their third and last match against Morocco, Lim replaced Wong in the 27th minute and managed to play until the final whistle blew.
In 1974, Lim received an offer he could not refuse and migrated to Hong Kong to play with Seiko FC. His new professional career came with a salary around RM2000 per month and he was also promised a job with Seiko, the watch company. 1974 also saw his last appearance with Harimau Malaya at the Merdeka Tournament. It was a glorious and fitting end, as defending champions, for Lim to lift the Merdeka Tournament trophy one last time after defeating South Korea 1–0.