Perak Juara Pertama Piala Malaysia

1967 merupakan tahun pertama Piala Malaysia dipertandingkan setelah menggantikan trofi HMS Malaya sebagai tanda penggabungan baharu antara Malaya, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Walaupun Singapura meninggalkan Malaysia pada tahun 1965, mereka tetap bermain di Piala Malaysia hingga 1994. 

Dalam ucapan beliau sebelum perlawanan akhir Piala Malaya 1966, Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman, mengumumkan bahawa pertukaran nama kejohanan tersebut sedang dalam perbincangan. Selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku secara rasminya megisytiharkan kelahiran Piala Malaysia pada mesyuarat agung tahunan FAM pada Februari 1967. Trofi baharu, yang diperbuat daripada emas dan perak, ditempah dari England. Manakala Piala Malaya telah diberikan kepada Muzium Negara untuk dipamerkan. 

Pasukan Perak memangnya membuktikan kehebatan mereka untuk menjadi pemenang Piala Malaysia yang pertama. Sudah sedekad sejak kejuaraan terakhir mereka pada 1957. Perak mengesahkan tempat mereka ke perlawanan akhir setelah menduduki tempat teratas kumpulan Zon Utara, di atas juara bertahan, Selangor. Penampilan terakhir mereka di pusingan akhir adalah pada edisi 1964, di mana mereka tewas 3-2 kepada Singapura. Kali ini, mereka bertemu Singapura sekali lagi di pentas final setelah Singapura mengalahkan Terengganu pada peringkat separuh akhir antara zon. 

Perak berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 melalui M. Karathu sebelum Singapura menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Kapten pasukan Quah Kim Swee pantas menanduk bola ke dalam gawang gol pada minit ke-56 hasil hantaran tepat Mohd Ali. Perlawanan dilanjutkan setelah kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa penuh. Egambaram, yang menggantikan Wong Kong Leong, muncul sebagai wira pasukan Perak dengan gol kemenangan empat minit dalam masa tambahan. 

Apabila Perak diisytiharkan sebagai pemenang Piala Malaysia sulung, piala tersebut masih belum tiba dari England. Justeru, piala yang baharu hanya diberikan secara rasmi kepada Perak oleh Tunku Abdul Rahman selepas mesyuarat agung FAM awal tahun 1968. 

//

Perak Emerges as Malaysia Cup’s First Champion

1967 marks the first edition of the Malaysia Cup. It replaced the HMS Malaya trophy to signify the nation’s recent merge of Malaya, Sarawak, Sabah and Singapore to form Malaysia in 1963. Although Singapore left the federation in 1965, they continued to play in the tournament until 1994.

Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman declared that the name change of Malaya Cup was in talks during his speech before the final match of the 1966 edition. As president of the Football Association of Malaysia (FAM), Tunku officially announced the Malaysia Cup at their annual general meeting in February 1967. The new trophy, made of gold and silver, was ordered from England, while the retired Malaya Cup was given to the National Museum to be displayed.

Perak proved to be worthy winners of the first Malaysia Cup. It had been a decade since their last win in 1957. They secured a place in the final round after topping the North Zone table above defending champions, Selangor. Their last appearance in the final was in 1964, where they lost 3–2 to Singapore. As luck would have it, Perak met Singapore again in the finals after their opponents won the inter-zone semifinals against Terengganu. 

Perak scored the first goal in the 27th minute through M. Karathu before Singapore equalised in the second half. Captain Quah Kim Swee swiftly headed the ball into the goal in the 56th minute after a calculated kick from Mohd Ali. 1-1 at full time, the match was extended to draw out a winner. Egambaraman, who replaced Wong Kong Leong earlier in the match, emerged as Perak’s hero after scoring the winning goal four minutes into extra time. 

While Perak was declared the winners of the inaugural Malaysia Cup, the new trophy had not yet arrived from England. The Malaysia Cup was officially presented to Perak by Tunku Abdul Rahman after the FAM annual general meeting early 1968. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.