Bersama Legenda – Khalid Ali, Hanafiah Ali dan Rahim Abdullah

Alhamdulillah.

Baru-baru ini, Legasi Lagenda menziarahi legenda bola sepak negara, Khalid Ali di kediaman beliau. Kedatangan kami yang ditemani oleh seorang Olimpian Munich 1972 Rahim Abdullah disambut mesra oleh Khalid dan isteri.

Walaupun Khalid yang berusia 66 tahun sedang bergelut dengan kanser paru-paru tahap empat, semangat kental dan cinta beliau terhadap bola sepak amat ketara dalam perbualan antara kami. Khalid terkenal dengan sikap tegas dan jujur beliau serta bernas dalam memberi pandangan mengenai kancah bola sepak tanah air.

Khalid merupakan antara wira pasukan Harimau Malaya yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Beliau melengkapkan tiga serangkai pemain tengah bersama Shukor Salleh dan Bakri Ibni yang mengemudi enjin pasukan di bawah kendalian jurulatih Karl Weigang dan Mohammad Bakar. 

Weigang bertanggungjawab mengalih posisi asal Khalid dari pertahanan kanan ke pemain tangah. Khalid menyempurnakan kepercayaan tersebut dengan jayanya. Bukan sahaja larian-larian beliau membuka ruang untuk mengasak kubu lawan, malah beliau berjaya menjaringkan enam gol dan muncul sebagai penjaring gol terbanyak Malaysia dalam kejohanan Kelayakan Pra-Olimpik 1980.

Abang beliau, Hanafiah Ali, turut meluangkan masa datang bertemu kami dan berkongsi pengalaman beliau. Hanafiah merupakan anggota pasukan Harimau Malaya yang memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1974 di Teheran. 

Terima kasih kepada legenda-legenda Harimau Malaya yang menyokong inisiatif kami. Marilah sama-sama kita doakan agar mereka semua diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah SWT, khususnya kepada Khalid Ali, agar beliau tabah dan tetap bersemangat menghadapi cabaran ini dan diberi kekuatan serta kesembuhan. Semoga dipermudahkan segala urusan beliau.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya

Legasi Lagenda has recently visited national football legend, Khalid Ali, at his house.

Accompanied by Olympian Rahim Abdullah, our arrival was warmly welcomed by Khalid and his wife. 

Although 66-year-old Khalid is currently battling stage four lung cancer, his strong spirit and love for football is still clear during our conversation. Khalid is known for his firm and honest attitude as well as his thoughtfulness when sharing his views on Malaysia’s football scene. 

Khalid was one of the heroes in the Harimau Malaya team that qualified for the 1980 Moscow Olympic Games. Khalid completed the midfield trio also comprising of Shukor Salleh and Bakri Ibni under the management of Karl Weigang and Mohammad Bakar. 

Weigang was responsible for moving Khalid from his original position as right defence to midfield. Placing his trust in Khalid, he fulfilled it successfully. Not only did his runs open up space to weaken his opponents’ defence, he also managed to score six goals at the 1980 Pre-Olympic Games tournament, emerging as Malaysia’s top scorer. 

Hanafiah Ali, his brother, also took the time to meet and share with us some of his past experiences. Hanafiah was part of the national team that won the bronze medal at the 1974 Tehran Asian Games. 

We are very grateful to the Harimau Malaya legends who support our initiative. We pray that they are all given good health and are protected by Allah SWT, especially for Khalid Ali to persevere and stay motivated as he faces this challenge, and for him to be granted strength and healing. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.