Johnny Wong Kong Leong – Pelopor Sejarah Bola Sepak

Johnny Wong Kong Leong merupakan perintis kepada banyak detik bersejarah dalam bola sepak Malaysia. Pada tahun 1957, beliau berada dalam skuad Malaya pertama yang bermain di edisi sulung Pestabola Merdeka. Beliau juga mencipta sejarah sebagai penjaring gol pertama Malaya di kejohanan tersebut, di mana Malaya menang 5-2 atas Burma (Myanmar).

Pada tahun 1958, Kong Leong bersama pasukan kebangsaan membuat penampilan sulung mereka di Sukan Asia. Malangnya, mereka tewas kedua-kedua perlawanan pada peringkat kumpulan – 1-2 kepada Taiwan, 1-6 kepada Vietnam Selatan. 

Bersama Perak, Kong Leong membantu kelab negeri kelahiran beliau menjuarai Piala Malaya (Malaysia) pada 1957 dan 1967. Perlawanan akhir Piala Malaya 1957 merupakan perlawanan pertama yang dipertandingkan di Stadium Merdeka. Kong Leong berjaya menjaringkan gol kemenangan Perak menentang Selangor, yang berakhir dengan skor 3-2. Satu dekad kemudian, Perak menjadi juara Piala Malaysia yang sulung setelah menewaskan Singapura 2-1.

Walaupun kerjaya bola sepak beliau baru bermula, Kong Leong membuat keputusan untuk mengutamakan pendidikan beliau dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan di Sydney, Australia. Dengan tanggungjawab yang baharu, kemungkinan untuk Kong Leong kembali ke arena bola sepak agak samar. Namun, Kong Leong tidak mengambil masa yang lama sebelum mencipta sejarah sekali lagi. Beliau menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama untuk bermain di luar negara. 

Pada tahun 1959, Kong Leong dipilih untuk bermain dengan North Side United dalam Liga New South Wales. Beliau adalah satu-satunya pemain Asia yang bermain dalam liga utama Australia yang juga merupakan pemain import Asia yang pertama. Pada tahun 1962, Kong Leong dibeli oleh APIA Leichhardt sebelum beliau pulang ke tanah air empat tahun kemudian. 

Dalam tahun yang sama, Kong Leong mendapat peluang untuk berhijrah ke Hong Kong dan bermain dengan pasukan Tung Sing selama setahun. Namun, akibat kecederaan lutut, beliau terpaksa berehat daripada bola sepak dan pulang ke Malaysia sekali lagi sebelum kembali bermain dengan pasukan Perak. 

Kong Leong berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1970-an dan menetap di sana sehingga beliau meninggal dunia pada usia 85 dalam tahun 2021. 

Johnny Wong Kong Leong was a pioneer for many historic moments in Malaysian football. In 1957, he was in the first Malayan squad to play at the inaugural Merdeka Tournament. Not only that, he made history by being the first goalscorer for Malaya for the tournament in their match against Burma (Myanmar), where they won 5–2.

In 1958, Kong Leong with the national team made their debut appearance at the Asian Games. They unfortunately lost both group matches – 1-2 to Taiwan, 1-6 to South Vietnam. 

With Perak, Kong Leong helped his home state win the Malaya (Malaysia) Cup in 1957 and 1967. The 1957 edition was the first Malaya Cup final to be held at the Merdeka Stadium. Kong Leong scored Perak’s winning goal against Selangor, with the match ending at 3–2. A decade later, Perak became champions of the new Malaysia Cup after defeating Singapore 2–1.

Although his football career was only beginning, Kong Leong decided to put education first and furthered his studies in accountancy in Sydney, Australia the following year. With new priorities on the horizon, it was unclear whether Kong Leong would return to football. However, Kong Leong was soon making history yet again. He became the first Malaysian footballer to play abroad. 

In 1959, Kong Leong was selected to play with North Side United for the New South Wales League. He was the only Asian player in the major leagues as well as Australia’s first Asian import player. Kong Leong was then bought by APIA Leichhardt in 1962, whom he played for four years with, before returning home in 1966. 

Later that year, he was signed with Hong Kong club Tung Sing, where he played for about a year. He was struck with a knee injury, causing him to take a break from football before he returned to play for Perak.

Kong Leong emigrated to the USA in the 1970s, where he resided there until he passed away in 2021 at the age of 85. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.