Selamat Hari Lahir, Mirnawan Nawawi!
Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir kepada ‘The Boss’ Dato’ Mirnawan Nawawi, seorang legenda hoki negara. Beliau merupakan tiga kali Olimpian, pemenang pingat perak Sukan Komanwel dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia. Beliau juga telah beraksi di Piala Dunia Hoki sebanyak dua kali.
Dari 1989 hingga 2002, Mirnawan mewakili Malaysia sebanyak 327 kali dan telah menjaring 250 gol sepanjang karier beliau. Mirnawan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Segala pengorbanan, keazaman dan dedikasi beliau terhadap sukan hoki menjadikan beliau seorang pemain yang berkaliber tinggi.
Kini, Mirnawan adalah pengurus pasukan untuk Speedy Tigers, yang berada di bawah kendalian Arul Selvaraj. Pada tahun ini, kejayaan mereka termasuk naib johan Trofi Juara-juara Asia 2023 – prestasi terbaik merdeka bagi kejohanan tersebut – serta kelayakan ke Piala Dunia 2023, di mana mereka menduduki tempat ke-13.
Terima kasih kepada Dato’ Mirnawan Nawawi yang telah banyak berjasa demi sukan hoki Malaysia. Semoga beliau sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat.
//
Legasi Lagenda wishes a very happy birthday to ‘The Boss’ Dato’ Mirnawan Nawawi! A legend in Malaysia’s hockey history, Mirnawan is a three-time Olympian, a Commonwealth Games silver medalist, and an Asian Games bronze medalist. He also played at the World Cup twice.
From 1989 to 2002, Mirnawan represented Malaysia 327 times and has scored a total of 250 goals throughout his national career. Mirnawan always strived for success. His sacrifices, determination and dedication to the sport led him to become a player of high calibre.
Mirnawan is currently the team manager for the Speedy Tigers, who are under the coaching of Arul Selvaraj. In 2023, their achievements include placing 2nd at the Asians Champions Trophy – their best performance of the tournament yet – and playing at the 2023 World Cup, where they placed 13th.
We thank him for all he has done for Malaysian hockey and wish that he will always be in good health.