Legasi Lagenda bersama Achik dan Along

Ikatan tali sepasukan Melaka seperti satu keluarga sendiri. Mereka membahasakan diri mereka sebagai Achik (Rameli Junit) dan Along (Wong Kuw Fou). Seorang lagi dari pasukan Melaka yang bergelarkan Angah iaitu Jantan Ali telah meninggal dunia pada 12 Januari 2021.

Itulah keakraban yang terjalin antara pemain bola sepak era 1970an dan 1980an.

Kuw Fou dan Rameli pernah mewakili Malaysia di pelbagai kejohanan antarabangsa seperti Pestabola Merdeka, Piala Raja Thai, Piala Presiden Park, Kejohanan Ulangtahun Jakarta, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan, Piala Kirin, Sukan Asia dan Sukan Sea.

Kemuncak kareer untuk Kuw Fou sudah pastinya semasa memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Teheran 1974 dan Rameli pula memenangi Pertandingan Pra-Olimpik untuk layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Achik dan Along atas segala nasihat dan sokongan kepada Legasi Lagenda terutamanya ke arah pembentukan #GaleriHarimaMalaya.

Kejayaan dan pengorbanan mereka harus dicontohi dan dijadikan inspirasi buat generasi muda dan yang akan datang.

‘Legasi Lagenda Dikenang,
Yang Kini Dijulang’

*Rameli Junit merupakan ejaan nama yang betul*

//

Legasi Lagenda with Achik and Along

From the Melaka team, to bonding like a family. Amongst themselves, they are known as Achik (Rameli Junit) dan Along (Wong Kuw Fou). Another team member from Melaka, Jantan Ali, who was called Angah, passed away on 12 January 2021.

That is how close the bond is between these football players from the 1970s and 1980s.

Kuw Fou and Rameli have represented Malaysia in various international tournaments such as the Merdeka Tournament, Thai King’s Cup, President Park’s Cup, Jakarta Anniversary Tournament, South Vietnam Independence Cup, Kirin Cup, Asian Games and the SEA Games.

The peak of Kuw Fou’s career was certainly when he won the bronze medal at the 1974 Tehran Asian Games while Rameli qualified for the 1980 Moscow Olympic Games after winning the Pre-Olympic tournament.

We would like to thank Achik and Along for all the support and advice they have given to Legasi Lagenda, especially towards building #GaleriHarimauMalaya.

We hope their successes and sacrifices be emulated and become an inspiration for the younger and future generations.

Leave A Reply

Your email address will not be published.