Selamat Hari Lahir, G. Torairaju!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir yang ke-64 kepada bekas pemain bola sepak negara, G. Torairaju! 

Torairaju memang gemar bermain bola sepak kecil lagi. Beliau mula bermain secara berpasukan sebagai pemain estet di sebuah daerah terpencil di Negeri Sembilan. Kemahiran beliau sebagai pemain tengah bergabung dengan tahap stamina yang tinggi menjadikan beliau pemain yang istimewa dalam padang. 

Pada tahun 1978, Torairaju menyertai pasukan Malaysia B sebelum mereka membuat lawatan ke Jerman Barat. Beliau hampir ditempatkan dalam pasukan senior tetapi malangnya beliau jatuh sakit menyebabkan pemain yang tak kenal lelah ini terpaksa digugurkan daripada skuad Sukan Asia tahun itu. Pada tahun yang berikutnya, Torairaju akhirnya menyarung jersi Harimau Malaya di kejohanan Piala Raja Thai dan kelayakan Piala Asia. 

Bermain untuk Negeri Sembilan pada masa itu, beliau menerima beberapa tawaran pekerjaan  dari negeri-negeri lain setelah pulang dari kelayakan Piala Asia di Bangkok, di mana Malaysia muncul naib juara di belakang Korea Utara. Tambahan dengan pujian daripada pengurus pasukan Datuk Bakar Daud dan jurulatih Mohamad Bakar, Torairaju menjadi pemain buruan banyak pasukan.

Setelah kerap bermain di samping Shukor Salleh dalam pasukan kebangsaan, Torairaju memuji legenda pemain tengah yang  sukar ditandingi. Menurut Torairaju, beliau mempelajari banyak kemahiran teknikal semasa beraksi bersama Shukor, serta memperbaiki kelemahannya. Ini menambah keazaman beliau untuk bekerja keras untuk terus maju dalam kerjaya bola sepak. Pada tahun 1981, Torairaju berhijrah ke Melaka dan mencipta sejarah bersama pasukan negeri tersebut setelah memenangi Liga Malaysia 1983. 

Malangnya, Torairaju mengalami kecederaan belakang ketika menjalani latihan bersama skuad Pra-Olimpik Malaysia pada tahun 1983, yang menamatkan karier antarabangsa beliau lebih awal daripada jangkaan. Beliau hanya perlukan 10 perlawanan lagi untuk mencapai 100 kaps dengan Harimau Malaya. Namun, Torairaju tetap berbangga dengan segala pencapaian beliau. Malaysia bertuah mendapat sumbangan bakti daripada pemain berkaliber seperti beliau. G. Torairaju merupakan salah seorang pemain tengah Harimau Malaya yang terhebat. 

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes former football player G. Torairaju a very happy 64th birthday!

Torairaju enjoyed playing football since he was a child and began his career as an estate player in a remote area of Negeri Sembilan. He was a skillful midfielder with high levels of stamina, which made him a valuable player on the field. 

In 1978, Torairaju joined Malaysia B before they embarked on a tour of West Germany. He was on track to join the senior team but unfortunately suffered an illness that led him to be dropped from the Asian Games squad. The following year, he finally donned the Harimau Malaya jersey for the Asian Cup qualifying tournament and the King’s Cup. 

Playing for Negeri Sembilan at the time, he received job offers from many different states after returning from the Asian Cup qualifiers in Bangkok, where Malaysia finished as runners-up behind North Korea. In addition to praise from team manager Datuk Bakar Daud and coach Mohamad Bakar, Torairaju became the most sought-after player in the country.

After playing regularly with Shukor Salleh in the national team, Torairaju commends the legendary midfielder who is hard to match. He has said that he learned a lot of technical skills from being on the field with Shukor, as well as fixing certain weaknesses. He became more determined to work harder and advance in his football career. In 1981, he transferred to Melaka and made history with the team after winning the Malaysian League in 1983.

Unfortunately, Torairaju sustained a back injury while training with the Malaysian Pre-Olympic squad in 1983, which ended his international career earlier than expected. He was only 10 caps shy of hitting the century mark with Harimau Malaya. Nevertheless, he remains proud of his achievements and is still one of Malaysia’s most prominent midfielders. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.