Salam Takziah, Adnan Saidin (1957-2023)
Dunia sukan Malaysia telah kehilangan seorang legenda sepak takraw, Adnan Saidin, yang telah meninggal dunia pagi tadi. Legasi Lagenda mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
Allahyarham Adnan Saidin telah banyak berkorban demi mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau bermula mewakili pasukan Kedah pada tahun 1975 sebelum menyertai skuad belia kebangsaan pada tahun berikutnya. Piala Khir Johari 1976 merupakan kejohanan pertama beliau bersama pasukan Malaysia.
Antara kejohanan yang beliau telah memenangi bersama pasukan negara termasuk pingat emas di Sukan SEA (1979, 1981, 1983) dan Kejohanan Dunia Sepak Takraw (1985, 1986).
Raja Libas negara turut dinobatkan Pemain Terbaik Asia pada tahun 1984 dan Raja Sepak Takraw Asia pada 1986.
Kami doakan semoga roh Allahyarham Adnan Saidin dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
//
The world of Malaysian sport has lost a sepak takraw legend, Adnan Saidin, who passed away this morning. Legasi Lagenda wishes our heartfelt condolences to his family and loved ones.
Allahyarham Adnan Saidin has sacrificed a lot to shine a light on our country’s name on the world stage. He began representing Kedah in 1975 before joining the national junior squad the following year. The 1976 Khir Johari Cup was his first tournament with the Malaysian national team.
Among the championships won by Adnan Saidin include gold at the SEA Games (1979, 1981, 1983) and the Sepak Takraw World Championships (1985, 1986).
The nation’s “Raja Libas” was also awarded Asia’s Player of the Year in 1984 and Asian King of Sepak Takraw in 1986.
We pray that the soul of Allahyarham Adnan Saidin be showered with the blessings of Allah SWT and that he be placed with the faithful.