Sukan SEAP 1959: Pemenang Pingat Edisi Sulung
1959 menandakan lembaran baharu untuk sukan di Asia Tenggara. Sebuah kejohanan yang meliputi pelbagai acara sukan dicadangkan oleh Luang Sukhum Nayapradit, naib presiden Majlis Olimpik Thailand pada masa itu. Setelah dipersetujui oleh negara-negara jiran Myanmar, Kemboja, Laos, Singapura, Malaya dan Vietnam Selatan, Sukan SEAP yang sulung diputuskan untuk diadakan di Bangkok, Thailand.
12 acara sukan dipilih untuk program yang pertama termasuk olahraga, bola keranjang, bola sepak, angkat berat, bola tampar, tinju, tenis, lumba basikal, ping pong, renang, acara menembak senapang dan pistol, dan badminton.
Malaya menghadapi beberapa halangan sebelum Sukan SEAP 1959 bermula. Beberapa persatuan sukan belum lagi bergabung dengan Majlis Olimpik Persekutuan Tanah Melayu (FMOC), termasuk Persatuan Badminton Malaya (BAM). Sebagai negara muda, Malaya juga mengalami kesukaran untuk mengumpul dana dalam masa yang terhad. Namun, Malaya berjaya menghantar kontinjen seramai 90 orang yang terdiri daripada atlet dan pegawai.
Pada majlis pembukaan, pemain bola sepak Abdul Ghani Minhat dipilih sebagai pembawa obor Malaya. Pasukan bola sepak negara membawa pulang pingat gangsa setelah menentang Burma, Vietnam Selatan dan tuan rumah Thailand. Klik di sini untuk kisah Harimau Malaya di Sukan SEA 1959.
Malaya berjaya memenangi 8 pingat emas, 16 perak dan 7 gangsa, kebanyakannya daripada acara olahraga.
Legenda pecut negara, Carmen Koelmeyer, membawa pulang empat pingat termasuk emas untuk acara 100m, perak untuk acara 200m dan 4x100m, dan gangsa dalam acara lompat jauh. Maureen Ann Lee dan Kamaruddin Maidin pula masing-masing memberi Malaya pingat emas dalam acara lompat jauh.
Sukan SEAP 1959 juga merupakan salah satu kejohanan antarabangsa yang pertama bagi Tan Sri Dr. M. Jegathesan. Beliau terlepas peluang untuk memenangi pingat setelah terjatuh semasa perlumbaan 400m.
Selain itu, Lim Heng Chek merangkul dua pingat emas dalam acara renang 100m kuak kupu-kupu dan 100m kuak lentang. Kwan King Lam pula meraih kemenangan dalam acara angkat berat (ringan-berat) dan K. C. Chan memenangi pingat emas terakhir untuk Malaya dalam acara menembak (senapang).
Senarai penuh pemenang pingat Malaya adalah seperti di bawah:
(Kredit foto asal: Dunia Sukan, Carmen Koelmeyer)
1959 marked a new dawn for sport in Southeast Asia. The idea of a multi-sport event was proposed by Luang Sukhum Nayapradit, then vice-president of the Thailand Olympic Committee. After it was agreed by neighbouring countries Myanmar, Cambodia, Laos, Malaya and South Vietnam, the inaugural Games were decided to be held in Bangkok Thailand.
12 sporting events were on the programme, including athletics, basketball, football, weightlifting, volleyball, boxing, tennis, cycling, table tennis, swimming, rifle and pistol shooting, and badminton.
Malaya encountered a few hurdles before the 1959 SEAP Games as several associations were not yet affiliated with the Federation of Malaya Olympic Council (FMOC), including the Badminton Association of Malaya (BAM). The young nation also experienced hardship in garnering funds within the limited time. In the end, Malaya managed to send a contingent of 90 composed of athletes and officials.
At the opening ceremony, football player Abdul Ghani Minhat was selected as the Malayan torch bearer. The Malayan football team secured a bronze medal at the Games, where they were up against Burma, South Vietnam and hosts Thailand. Click here for our post on Harimau Malaya’s journey at the 1959 SEA Games.
Malaya won a total of eight gold, 16 silver and 7 bronze medals, with most from athletics events. Legendary sprinter Carmen Koelmeyer brought home four medals including gold for 100m, silver for 200m and 4x100m relay, and a bronze medal in long jump. Maureen Ann Lee and Kamaruddin Maidin both gave Malaya the gold in long jump.
The Games also marked one of Tan Sri Dr. M. Jegathesan’s first major international events. He unfortunately missed out on a medal after tripping and falling in the 400m race.
Meanwhile, swimmer Lim Heng Chek clinched two gold medals in 100m butterfly and 100m backstroke. Kwan King Lam gave Malaya a win in weightlifting (light-heavy category) and K. C. Chan secured the final gold in shooting (rifle prone).
Full list of Malaya’s medallists are as above.
(Original photo credit: Dunia Sukan, Carmen Koelmeyer)