Selamat Hari Lahir, Dato’ N. Thanabalan

Legasi Lagenda ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-80 kepada legenda bola sepak negara, Dato’ N. Thanabalan. Semoga senantiasa berada dalam kesihatan yang baik dan ceria selalu.

Dato’ N. Thanabalan merupakan seorang wira bola sepak kebangsaan yang mula mewakili negara dalam Kejohanan Belia Asia pada tahun 1960 sebelum menyertai pasukan senior dari tahun 1963 hingga 1971.

Tahun 1968 sangat bermakna dalam karier bola sepak pemain lincah yang bertubuh kecil ini. Thanabalan menjaringkan empat gol dalam pertandingan akhir Piala Malaysia untuk membantu Selangor membenam Pulau Pinang 8–1. Rekod penjaring gol terbanyak itu kekal hingga ke hari ini.

Pada Pestabola Merdeka pula beliau berjaya menjaringkan lapam gol dalam enam perlawanan termasuk gol terakhir Malaysia pada perlawanan akhir di mana Malaysia menumpaskan Burma 3–0. Thanabalan diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Sesungguhnya kejayaan Malaysia itu terus diraikan dan sangat bermakna terutama buat beliau kerana perlawanan akhir itu berlangsung sehari sebelum hari perkahwinan. Itulah semangat padu dan cinta yang ditunjukkan oleh beliau terhadap sukan bola sepak..

Thanabalan merupakan watak yang dikagumi sepanjang beliau bersama pasukan kebangsaan. Beliau memegang 107 kaps, dan telah bermain di pelbagai kejohanan termasuklah Sukan SEAP (1965-1971), Sukan Asia (1962 & 1969), Piala Raja Thai (1965-1969) dan Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan (1966-1971).

Dengan segala pencapaian beliau, Thanabalan kekal sebagai seorang yang merendah diri sehingga ke hari ini. Dengan itu kita patut menghargai segala pengorbanan dan jasa beliau kepada bola sepak Malaysia bagi memastikan Dato’ N. Thanabalan tidak dilupakan oleh generasi masa depan.

Terima kasih atas pengorbanan dan kejayaan mengharumkan nama negara.

Secara peribadi, kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau yang banyak memberi nasihat dan sokongan ke atas apa yang kami perjuangkan.

//

Legasi Lagenda would like to wish a very happy 80th birthday to national football legend, Dato’ N. Thanabalan. We wish that you are always in good health and spirits.

Dato’ N. Thanabalan is a national football hero who began representing Malaysia in 1960 at the Asian Youth Tournament before joining the senior team from 1963 to 1971.

1968 was a momentous year in the nimble player’s football career. At the Malaysia Cup final, Thanabalan scored a record-breaking four goals that led to Selangor’s 8–1 victory against Penang. His record still stands today.

At the Merdeka Tournament, he managed to score eight goals in six matches, including the last goal in the final match where Malaysia defeated Burma 3-0. And thus, Thanabalan was declared man of the match. Celebrations continued as the final match was held on the eve of Thanabalan’s wedding, proving his utmost passion for the sport.

Thanabalan was an impressive figure throughout his years with the national team. With a total of 107 caps, he played in various tournaments including the SEAP Games (1965-1971), the Asian Games (1962, 1969), the King’s Cup (1965-1969) and the Vietnam Football Tournament (1966-1971).

Despite all of his accomplishments, Thanabalan remains a humble man until today. As such, we should all acknowledge his sacrifices and contributions to Malaysian football to ensure that Dato’ N. Thanabalan will never be forgotten by future generations.

Thank you for all your sacrifices in making Malaysia proud.

We would also like to personally express our gratitude to him as he has given a lot of advice and support on our endeavours here at Legasi Lagenda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.