Harimau Malaya Bertarung di Kelayakan Sukan Olimpik 1984

Pada tahun 1984, Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Asia Sukan Olimpik setelah menduduki tempat kedua pada pusingan pertama, di belakang pasukan Arab Saudi. 

Pasukan kebangsaan diletakkan dalam Kumpulan 2 bersama Qatar, Iraq, Thailand dan Jepun. Pada perlawanan pertama mereka, Malaysia tewas kepada Qatar 2-0. Jepun pula telah tewas kepada Thailand 0-4 pada perlawanan pertama mereka. Jadi perlawanan yang berlangsung 39 tahun lalu itu memang penting buat kedua-dua pasukan untuk menghidupkan peluang untuk layak ke pusingan seterusnya.

Oleh sebab strategi awal beliau gagal, jurulatih Malaysia Frank Lord menukarkan taktik pasukan pada perlawanan tersebut. Beliau meletakkan A. Rukkumaran balik ke posisi asalnya, sayap kiri, manakala Zainal Abidin Hassan ditugaskan untuk mengetuai barisan serangan. 

Malaysia dapat mengawal perlawanan setelah permulaan 20 minit yang membimbangkan. Soh Chin Ann membantu memberikan Malaysia gol pertama mereka pada minit ke-31 setelah melepasi dua pemain pertahanan Jepun dan menghantar bola kepada Yunus Alif, yang dengan pantasnya menjaringkan gol. 

Kemudian, Zainal Abidin menjaringkan gol kedua Malaysia pada minit ke-54 melalui tandukan bola selepas sepakan sudut daripada Azizol Haniffa. 

Walaupun Jepun nampaknya tidak bernasib baik, mereka dapat mengawal perlawanan dalam 10 minit yang terakhir. Hiromi Hara berjaya menjaringkan gol tunggal bagi pasukannya pada minit ke-85 selepas beberapa percubaan. Walau bagaimanapun, kekalahan 2-1 itu bermakna perjalanan Olimpik telah tamat untuk pasukan Jepun. 

Selepas perlawanan tersebut, Harimau Malaya seri dengan Thailand (0-0), sebelum tewas kepada Iraq (2-0). Malangnya, ini bermaksud Malaysia juga tidak mara ke perlawanan akhir Kelayakan Sukan Olimpik 1984. 

Skuad Malaysia: Rashid Hassan, Jamal Nasir, Soh Chin Ann, Zaidi Mokhtar, Ibrahim Saad (Karim Pin), Nasir Yusof, Ahmad Yusoff, Azizol Abu Haniffah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan, A. Rukkumaran 

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

In 1984, Malaysia advanced to the second round of the Olympic Games Men’s Asian Qualifiers after placing second in the first round behind Saudi Arabia. 

The national team was then placed in Group 2 with Qatar, Iraq, Thailand and Japan. In their first match, Malaysia lost to Qatar 2-0. Meanwhile, Japan lost to Thailand 0-4. As they were meeting each other next, the match that took place 39 years ago was crucial for both teams. 

After his initial plans backfired, Malaysia coach Frank Lord made key changes to the team by putting A. Rukkumaran back as a left-winger and made Zainal Abidin Hassan a more prominent striker to lead the attack. 

Malaysia found themselves in control after a shaky start in the first 20 minutes. Soh Chin Ann helped give Malaysia their first goal in the 31st minute after brilliantly outsmarting two defenders and passing Yunus Alif the ball, which he swiftly landed into the net. 

Zainal Abidin then scored Malaysia’s second goal in the 54th minute after heading a ball through a corner kick by Azizol Haniffa. 

While Japan seemingly had no luck on their side, they did manage to give it their all in the final 10 minutes of the match. Hiromi Hara gave his team their sole goal in the 85th minute after many attempts from the team. However, the 2-1 lost meant that the Olympic journey was over for Japan. 

Meanwhile, Malaysia would go on to draw with Thailand (0-0), and lose to Iraq (2-0), which unfortunately meant that they did not advance to the final stage of the qualifying round. 

Malaysia Line-up: Rashid Hassan, Jamal Nasir, Soh Chin Ann, Zaidi Mokhtar, Ibrahim Saad (Karim Pin), Nasir Yusof, Ahmad Yusoff, Azizol Abu Haniffah, Yunus Alif, Zainal Abidin Hassan, A. Rukkumaran 

Leave A Reply

Your email address will not be published.