Salam takziah, M. Ramayah

Legasi Lagenda ingin merakamkan takziah kepada keluarga mendiang M. Ramayah, legenda golf negara, yang meninggal dunia pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM. Beliau berumur 67 tahun.

Setelah memulakan kerjaya golf profesional beliau pada usia 18 tahun, M. Ramayah merupakan pemain nombor satu Malaysia selama 21 tahun dari 1976 hingga 1997. Kemahiran dan bakat beliau dalam sukan golf membawa beliau ke 13 edisi Piala Dunia. Pada Piala Dunia 1994, beliau berjaya tamat pusingan akhir di tempat kesembilan, yang kekal sebagai kejayaan terbaik Malaysia di pentas Piala Dunia.

Berbekal dengan bakat semula jadi, beliau belajar untuk bermain golf secara sendiri. Setelah bersara, beliau menjadi jurulatih pula dan menurunkan ilmu kepada generasi baharu. Kami berharap bahawa segala pengorbanan dan kejayaan beliau terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya

//

Legasi Lagenda would like to extend our heartfelt condolences to the family of the late national golf legend, M. Ramayah who sadly passed away this morning at Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM after succumbing to cancer. He was 67 years old.

After starting his professional golfing career at 18, M. Ramayah was Malaysia’s number one player for 21 years from 1976 to 1997. His skill and talent led him to 13 editions of the World Cup. At the 1994 World Cup, he managed to finished in ninth place, which remains as Malaysia’s best placing to this day.

While he was a self-taught golfer, he imparted his wisdom to the next generation of players as a coach after retirement. We hope that his tenacity and successes continue to inspire generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.