Kejayaan Terbaik Malaysia di Hoki Piala Dunia

Pada tahun 1975, Malaysia penuh dengan keazaman untuk memastikan Hoki Piala Dunia ke-3 menjadi sebuah kejohanan yang berjaya apabila dipertanggungjawabkan sebagai tuan rumah. 

Dengan sokongan penuh daripada Tun Abdul Razak, yang merupakan Perdana Menteri dan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) pada masa itu, mereka memastikan keselesaan para tetamu termasuk penginapan di Hotel Merlin, pengangkutan ke perlawanan di Pulau Pinang, Ipoh dan Seremban, serta menu istimewa bagi setiap negara bertanding. 

Bagi edisi 1975, ramai meramalkan India dan Pakistan akan menjadi pesaing kuat. Pasukan Pakistan juga penuh dengan keyakinan untuk membawa pulang trofi setelah mereka baru sahaja menjuarai acara hoki di Sukan Asia beberapa bulan sebelum itu. 

Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Pakistan, Sepanyol, New Zealand dan Belanda. Keputusan peringkat kumpulan adalah seperti berikut:

Malaysia 0 – 0 New Zealand
Malaysia 0 – 0 Sepanyol
Malaysia 3 – 1 Poland
Pakistan 2 – 1 Malaysia
Malaysia 2 – 1 Belanda

Kemuncak pasukan kebangsaan tentunya apabila Malaysia menumbangkan juara bertahan, Belanda  2–1 untuk mara ke peringkat separuh akhir. Detik yang mengejutkan semua berlaku hanya 56 saat sebelum wisel tamat dibunyikan, di mana kapten pasukan Malaysia Sri Shanmuganathan menjaringkan gol kemenangan melalui pukulan sudut penalti.

Malaysia tewas kepada India (3-2) pada separuh akhir dan kemudian kepada Jerman Barat (4-0) dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Namun, persembahan Malaysia sepanjang kejohanan membanggakan seluruh negara.

Di bahagian serangan, Sri Shanmuganathan membuktikan beliau sebagai kapten yang berwibawa. Bersama Poon Fook Loke, mereka berjaya mengukir nama dengan masing-masing menjaringkan sebanyak 3 gol. Pemain pertahanan K. Balasingam dan penjaga gol Khairuddin Zainal turut dipuji kerana kecekalan mempertahankan gawang. 

Lonjakan pasukan kebangsaan dari tempat ke-11 pada tahun 1973 ke tempat keempat kekal sebagai pencapaian terbaik mereka dalam sejarah Piala Dunia Hoki. 

Skuad hoki kebangsaan: Khairuddin Zainal, Mohd Azraai Mohd Zain, N. Sri Shanmuganathan, A. Francis, Brian Sta Maria, K. Balasingam, S. Balasingam, Wong Choon Hin, N. Palanisamy, R. Ramakrishnan, Poon Fook Loke, M. Mahendran, Franco D’Cruz, Len Oliveiro, K. T. Rajan, Phang Poh Meng, R. Pathmarajah

Jurulatih: Ho Koh Chye

//

In 1975, Malaysia was determined to make the third Hockey World Cup a roaring success, which was a landmark tournament for the country to host. 

With full support from Tun Abdul Razak, who was prime minister and president of the Malaysian Hockey Federation (MHF) at the time, they spared no expense in ensuring the comfort of their guests. This included accommodation at Hotel Merlin, transportation for matches in Penang, Ipoh and Seremban, as well as special menus to cater for each country. 

Predictions for the 1975 edition suggested that India and Pakistan will be strong contenders, while the latter arrived confident to win the trophy as they had won the Asian Games hockey title a few months earlier. 

Malaysia was placed in Pool A with Pakistan, Spain, New Zealand, Poland and the Netherlands. Results of the group stage are as below:

Malaysia 0 – 0 New Zealand
Malaysia 0 – 0 Spain
Malaysia 3 – 1 Poland
Pakistan 2 – 1 Malaysia
Malaysia 2 – 1 Netherlands 

The highlight for Malaysia was taking down defending champions Netherlands 2 – 1 to qualify for the semi-finals. The shocking moment came a mere 56 seconds before the whistle blew, where Malaysia skipper Sri Sahanmuganathan gave Malaysia the win from a penalty corner shot. 

Malaysia lost to India (3-2) in the semi-finals and then to West Germany (4-0) in the third place battle. Nevertheless, Malaysia’s performance throughout the tournament made the nation proud. On the attacking side, Sri Shanmuganathan proved himself a great leader and with Poon Fook Loke, they made a name for themselves by scoring three goals each. Defender K. Balasingam and goalkeeper Khairuddin Zainal were also both praised for securing the post. 

Malaysia’s jump from 11th place in 1973 to fourth place remains our greatest achievement in World Cup history. 

National hockey squad: Khairuddin Zainal, Mohd Azraai Mohd Zain, N. Sri Shanmuganathan, A. Francis, Brian Sta Maria, K. Balasingam, S. Balasingam, Wong Choon Hin, N. Palanisamy, R. Ramakrishnan, Poon Fook Loke, M. Mahendran, Franco D’Cruz, Len Oliveiro, K. T. Rajan, Phang Poh Meng, R. Pathmarajah

Coach: Ho Koh Chye

Leave A Reply

Your email address will not be published.