Legasi Lagenda bersama Dato’ M. Karathu

Legasi Lagenda merasa bertuah apabila dipelawa ke kediaman legenda bola sepak negara, Dato’ M. Karathu baru-baru ini. Banyak kisah yang dikongsikan oleh sang legenda yang penuh pengalaman sebagai pemain dan jurulatih bola sepak.

Dato’  M. Karathu lahir pada tahun 1943 dan mula mewakili pasukan negara di Kejohanan Belia AFC 1964. Pada tahun yang sama beliau diserapkan ke dalam pasukan senior untuk menghadapi Pestabola Merdeka.  Beliau terpaksa menggantung but bolanya daripada mewakili Harimau Malaya pada tahun 1970 kerana kecederaan lutut yang dialaminya di kejohanan Pestabola Merdeka 1967.

Minat yang mendalam terhadap bola sepak membawa beliau berkecimpung ke dunia kejurulatihan. Pada tahun 1971 bakatnya sebagai jurulatih menyerlah apabila berjaya membawa pasukan remaja Perak menjulang Piala Burnley.

Setelah itu, beliau mendalami bidang kejurulatihan dengan mengikuti kursus dan memegang pelbagai sijil kejurulatihan. Beliau telah mengukir nama sebagai seorang jurulatih yang berjaya di dalam dan luar negara.

Kami akan paparkan nanti tentang sang legenda ini yang bukan sahaja berjaya sebagai pemain malah menjadi seorang jurulatih yang berkaliber.

//

Legasi Lagenda felt very fortunate to have been invited to visit the residence of national football legend, Dato’ M. Karathu recently. 

With his full experience as a football player and a coach, there were many stories shared by the legend. 

Dato’ M. Karathu was born in 1943 and began representing the national team at the 1964 AFC Youth Championship. In the same year, he was included in the senior team to play at the Merdeka Tournament. Unfortunately, he had to hang up his football cleats in 1970 due to a knee injury suffered at the 1967 Merdeka Tournament. 

His love and interest in football led him to dabble in the world of coaching. In 1971, his talent as a coach stood out when he successfully led the Perak youth team to win the Burnley Cup. 

After that, he delved further into coaching by taking courses and then numerous coaching certificates. He has carved a name for himself as a successful coach in the country and abroad. 

We will continue to share about how this legend not only succeeded as a player but how he also later became a coach of caliber. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.