Harimau Malaya di Piala Raja Thai
Thailand menganjurkan kejohanan jemputan bola sepak mereka yang pertama, Piala Raja Thai, pada tahun 1968 di mana enam buah negara mengambil bahagian termasuk Malaysia, Laos, Indonesia, Singapura, Burma dan tuan rumah Thailand. Malaysia duduk di tempat keempat setelah tewas kepada Indonesia 6–1 di peringkat separuh akhir dan kemudiannya kalah kepada Thailand 6–0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga. Zulkifli Norbit menjaringkan gol tunggal pasukan kebangsaan pada minit ke-14.
Malaysia terpaksa menunggu hingga tahun 1972 untuk dinobatkan juara. Pada peringkat akhir, pasukan kedua negara mengalahkan tuan rumah Thailand, 1–0. Korea Selatan merupakan pasukan pilihan untuk mempertahankan kejuaraan piala setelah memenanginya tiga tahun berturut-turut dari 1969-71 tetapi hanya menduduki tempat ketiga pada edisi ini.
Perlawanan akhir sudah memasuki minit ke-59 apabila pasukan negara menjaringkan gol kemenangan. Kombinasi baik antara R. Vishvanathan dan Mokhtar Dahari berjaya menembusi pertahanan Thailand dan tendangan Mokhtar menewaskan penjaga gol lawan. Dalam perjalanan ke final. Malaysia tewas kepada Korea Selatan (1–4) sebelum mengalahkan Thailand, Singapura dan Indonesia kesemuanya dengan skor 2–0.
Pada tahun berikutnya, Piala Raja Thai kembali dengan format berkumpulan dan pasukan Malaysia berada di Kumpulan B bersama Kemboja dan Korea Selatan. Pada masa itu, pasukan kebangsaan dalam misi membalas dendam atas kekalahan 1–2 kepada Korea Selatan pada peringkat kumpulan Pestabola Merdeka 1973 beberapa bulan sebelumnya. Walau bagaimanapun, Malaya berjaya menjuarai kejohanan tersebut pada tahun itu.
Dalam perlawanan Kumpulan B, Malaysia seri dengan Korea Selatan 0–0. Kedua-dua pasukan menang ke atas Kemboja dan layak ke peringkat separuh akhir. Malaysia dan Korea Selatan bertemu sekali lagi apabila mereka lolos ke final. Korea Selatan menjaringkan dua gol di awal perlawanan dan Malaysia hanya mampu membalas satu gol menerusi Mokhtar Dahari pada minit ke-79.
Harimau Malaya terpaksa menunggu beberapa tahun untuk merampas kembali kejuaraan.
Nantikan bahagian kedua Piala Raja Thai.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya
#KingsCup48
//
Harimau Malaya at the Thai King’s Cup
Thailand held their first invitational international football tournament, the King’s Cup, in 1968 with six nations competing, including Malaysia, Laos, Indonesia, Singapore, Burma and hosts Thailand. Malaysia came in fourth place after losing to Indonesia 6-1 in the semi-finals, and then 6-0 to Thailand in the third place match. Zulkifli Norbit scored Malaysia’s only goal early in the match in the 14th minute.
Malaysia would have to wait until 1972 for their first victory, where the second national team took down their hosts Thailand 1-0. South Korea was the favoured team to win as they were set to defend the title, which they won three years consecutively from 1969-1971 but had to settle for third place.
59 minutes into the final match, Malaysia scored the winning goal. The combination of R. Vishvanathan and Mokhtar Dahari worked to topple Thailand’s defence before Mokhtar landed the ball past the goalkeeper. On the way to the final, Malaysia lost to South Korea (1-4) before defeating Thailand, Singapore and Indonesia (all 2-0).
In the following year, King’s Cup reverted to the group format and Malaysia was placed in Group B with Cambodia and South Korea. It was revenge for the Malaysian team as they were recently placed with South Korea at the 1973 Merdeka Tournament and lost that group stage match. Malaysia did emerge as the tournament’s champion later on.
In their Group B match, Malaysia drew with South Korea 0-0. Both teams won over Cambodia and secured their spot in the semi-finals. After a 1-0 defeat over Thailand, Malaysia met South Korea once again for the Cup. South Korea netted two early goals to clinch the title while Malaysia only managed to score one in the 79th minute through Mokhtar Dahari.
Malaysia will have to wait a few years to regain the Cup.
Stay tuned for Part 2.