Selamat Hari Lahir, Rahim Abdullah dan Dato’ Jamal Nasir

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari kelahiran kepada dua legenda bola sepak negara, Rahim Abdullah dan Dato’ Jamal Nasir.

Lahir pada tahun 1947 di Pulau Pinang, Rahim Abdullah telah bermain untuk beberapa pasukan negeri yang berlainan seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Ini selaras dengan perpindahan tempat kerjanya sebagai seorang pegawai polis. Pada peringkat antarabangsa, Rahim menyarung jersi Harimau Malaya di Sukan Olimpik Munich 1972, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan, Kejohanan Ulang Tahun Jakarta dan lain-lain.

Bermain di sayap kanan, beliau seorang yang pantas di atas padang. Selain membuat hantaran yang tepat kepada rakan sepasukan, beliau sendiri juga banyak menjaringkan gol. Minatnya terhadap bola sepak yang telah sebati dalam dirinya mendorong Rahim untuk meneruskan kerjaya bola sepak sebagai jurulatih setelah bersara sebagai pemain. Rahim pernah melatih pasukan Polis Di Raja Malaysia sebelum menerima tawaran untuk mengendalikan pasukan kebangsaan pada 1991.

Jamal Nasir, yang dilahirkan pada tahun 1954 di Terengganu, juga merupakan jaguh bola sepak negara pada zaman 1970-80an. Beliau diserapkan dalam pasukan senior Pahang pada usia 16 tahun dan berjaya membantu Pahang menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1983, setelah mengalahkan Selangor pada perlawanan akhir.

Bersama pasukan Malaysia, Jamal telah meraikan beberapa kejayaan termasuk pingat emas di Sukan SEA 1977 & 1979 serta layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Namun, Malaysia memboikot kejohanan tersebut untuk membantah pencerobohan Rusia terhadap Afghanistan. Setelah bersara dari bermain, Jamal menabur bakti sebagai jurulatih Pahang dan pernah menyandang jawatan naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

//

Legasi Lagenda would like to wish a happy birthday to two national football legends, Rahim Abdullah and Dato’ Jamal Nasir.

Born in Penang in 1947, Rahim Abdullah played for several state teams such as Penang, Perak and Selangor following his job transfers as a police officer. At an international level, Rahim donned the Harimau Malaya jersey at the 1972 Munich Olympic Games, South Vietnam Independence Cup, and the Jakarta Anniversary Tournament among others.

Playing right wing, he was fast on the field. In addition to his ability to make accurate passes, he himself was a forceful goalscorer. His deep-rooted interest in football led him to continue his football career as a coach after retiring as a player. Rahim coached the PRDM team before accepting an offer to head the national team in 1991.

Dato’ Jamal Nasir, who was born in Terengganu in 1954, was also a national football champion in the 1970-80s. He was selected to join the Pahang senior team at the age of 16 and helped them win their first Malaysia Cup in 1983, after defeating Selangor in the final.

Dato’ Jamal achieved many successes with the Malaysian team including winning gold medals at the 1977 & 1979 SEA Games and qualifying for the 1980 Moscow Olympic Games. However, Malaysia boycotted the tournament in protest of Russia’s invasion of Afghanistan. After retiring from playing, Dato’ Jamal Nasir shared his wisdom as coach for Pahang and once held the Vice President post for the Pahang State Football Association.

Leave A Reply

Your email address will not be published.