Hadiah Kemerdekaan Sukan SEA 1989
Pada 31 Ogos 1989, pasukan Malaysia bertemu dengan pasukan negara jiran Singapura untuk merebut pingat emas bola sepak Sukan SEA. Jelas bahawa hujan lebat tidak menghalang Harimau Malaya daripada bermain dengan lincah untuk menewaskan Singapura 3–1.
Ia seperti memberi gambaran kepada perlawanan yang pernah dilalui olah pasukan negara iaitu pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA 1977, di mana mereka menumpaskan Burma 9–1 di stadium yang sama dan dalam hujan lebat. Tentunya cuaca tidak menjejaskan prestasi Malaysia.
Pada malam itu, nasib tidak menyebelahi pasukan Singapura. Sebelum hujan bermula pada separuh masa, pemain pertahanan Singapura Borhan Abu Samah menjaringkan gol pertama perlawanan, gol sendiri. Dianggarkan 45,000 rakyat Malaysia daripada 50,000 penonton bersorak untuk menyokong pasukan tuan rumah dan menambah keyakinan mereka.
Pemain handalan, Fandi Ahmad terus dalam misi menebus dendam danmemburu gol dan berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan beliau pada minit ke-38. Dengan kedua-dua pasukan terikat sekarang, hujan pula mulai turun menambahkan lagi cabaran dan rintangan.
Namun, Malaysia berjaya menghasilkan dua gol pada separuh masa kedua. Lim Teong Kim menjaringkan gol pada minit ke-58 sebelum Dollah Salleh mencetakkan satu lagi gol hanya dua minit kemudian. Teong Kim digelarkan Pemain Terbaik atas persembahan beliau yang mengagumkan.
Hujan yang kekal lebat hingga ke majlis penutup Sukan SEA 1989 tidak mematahkan semangat patriotik Malaysia. Setelah merangkul pingat emas yang ke-67, Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir mengisytiharkan cuti umum Merdeka akan diteruskan pada 1 September untuk menandakan kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan SEA dan kecemerlangan para atlet negara. Tentunya ia merupakan hadiah Hari Kemerdekaan yang istimewa.
–
On August 31, 1989, the Malaysian team met with neighbouring country Singapore to win the SEA Games football gold medal. Evidently, the pouring rain did not stop Harimau Malaya from playing swiftly on the field to beat Singapore 3–1.
It was a familiar scene, not unlike the 1977 SEA Games semi-final where Malaysia sank Burma 9-1 at the same stadium, also in heavy rain. Safe to say, weather does not weaken the team’s performance.
Luck was not on Singapore’s side. Before the rain started at half-time, Singaporean defender Borhan Abu Samah scored the first goal of the night; it was an own goal. An estimated 45,000 Malaysians out of the 50,000 spectators cheered on to support the hosts, boosting their confidence.
Fandi Ahmad was out for vengeance and scored the equaliser in the 38th minute. As both teams were tied, it was time for the rain to pose a challenge.
However, Malaysia managed to score two goals in the second half. Lim Teong Kim landed a shot in the 58th minute before Dollah Salleh scored another one only two minutes later. Teong Kim’s impressive performance earned him Man of the Match.
The rain might have also poured over the closing ceremony shortly afterwards but it did not dampen the Malaysian spirit. With Malaysia’s 67th gold medal secured, then Prime Minister Tun Dr Mahathir declared the public holiday would continue to September 1 to mark the country’s successful endeavour of hosting and performing in the 1989 SEA Games. It was a well deserved Merdeka Day gift.