Wira Pestabola Merdeka: Adik-abang Namat dan Shaharuddin Abdullah

Pertama kali Shaharuddin Abdullah beraksi di Piala Merdeka adalah pada 1967, di mana Malaysia menduduki tempat keempat setelah tewas kepada Korea Selatan (1-3) pada perlawanan separuh akhir dan kemudian kepada Vietnam Selatan (1-2) dalam saingan merebut tempat ketiga. 

Shaharuddin merupakan seorang penyerang berbisa. Beliau boleh menggunakan kedua-dua belah kaki untuk menyepak bola dengan padu ke arah gawang dan ini digeruni pemain lawan.

Abang beliau pula, Namat Abdullah, menyertai beliau untuk Piala Merdeka 1968. Pada tahun itu, Malaysia meraih kemenangan pertama mereka sejak 1960, di mana pasukan negara dan Korea Selatan menjadi johan bersama. Ia juga merupakan kali pertama di perlawanan akhir sejak 1961. Indonesia menang 2-1 pada edisi tersebut. 

Pada perlawanan akhir Piala Merdeka 1968, Malaysia mengalahkan Burma 3-0 melalui jaringan Zulkifli Norbit (53’), Shaharuddin Abdullah (64’) dan N. Thanabalan (68’) untuk dinobatkan juara. 

Pasukan Malaysia yang berkekalan keyakinan tinggi mara ke pentas akhir pada tahun 1969. Pada perlawanan separuh akhir menentang Burma, Shaharuddin menjaringkan ketiga-tiga gol untuk memastikan kemenangan 3-1. Malangya, mereka tewas kepada Indonesia (2-3) pada perlawanan akhir. Gol Malaysia dijaringkan oleh Abdullah Noordin dan Wong Fook Yong.

Malaysia gagal meneruskan momentum pada tahun berikutnya apabila tidak dapat beraksi di pertandingan akhir pada 1970 dan 1971. Shaharuddin pula tidak bermain pada 1971 akibat kecederaan lutut yang beliau alami semasa perlawanan Pulau Pinang-Perak dalam saingan Piala Malaysia. 

Shaharuddin bersama pasukan kebangsaan, kembali dalam prestasi terbaik mereka untuk Piala Merdeka 1972, di mana Malaysia mara ke perlawanan akhir. Shaharuddin menjaringkan dua gol apabila menentang Jepun (3-1) dan ini memastikan pasukan negara berada di kedudukan teratas dalam peringkat kumpulan. Namun, Malaysia kalah 1-2 kepada musuh lama Korea Selatan pada perlawanan akhir dan sekali lagi muncul sebagai naib juara. Pada tahun yang sama, kedua-dua adik beradik mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich. 

Malaysia kembali dengan penuh dendam pada tahun 1973 dan berazam untuk merampas kembali Piala Merdeka. Pada perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan, Malaysia mengalahkan India 4–0. Namat menjaringkan gol yang cantik hasil sepakan percuma pada minit ke-60. Tiga gol lagi hasil jaringan Rahim Abdullah, Harun Jusoh dan Mokhtar Dahari. 

Namat menjaringkan gol sekali lagi pada peringkat separuh akhir apabila Malaysia bertemu Burma dan menang 2-1. Kejuaraan menjadi milik Malaysia apabila mereka berjaya menewaskan Kuwait 3–1. 

Pada tahun 1974, Namat dipertanggungjawabkan sebagai kapten pasukan johan bertahan. Sekali lagi, Malaysia bertemu dengan Korea Selatan pada perlawanan akhir setelah menewaskan Thailand pada peringkat separuh akhir. Selepas 84 minit tanpa sebarang jaringan, Malaysia akhirnya mendapat gol kemenangan daripada sepakan Mokhtar Dahari dan Piala Mereka kekal dalam genggaman mereka. 

Kedua-dua Namat dan Shaharuddin Abdullah bersara daripada bermain untuk pasukan negara pada tahun berikutnya tetapi mereka terus menabur bakti  kepada pasukan negeri, Pulau Pinang.

Skuad Malaysia di final Piala Merdeka 1974: Lim Fung Kee, Namat Abdullah (Kapten), Wong Voon Leong, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Santokh Singh (Wan Zawawi), Mohamed Bakar, Syed Ahmad, Mokhtar Dahari, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah

Pengurus Pasukan: A. S. Mohamed Mydin
Jurulatih: Jalil Che Din

//

Shaharuddin Abdullah first played at the Merdeka Tournament in 1967 where Malaysia placed fourth after losing to South Korea (1-3) in the semi-finals and then to South Vietnam (1-2) in the third place match. Shaharuddin was considered a dangerous striker as he was quick to shoot with both legs towards the goal, feared by his opponents. 

His brother, Namat Abdullah, joined him for the 1968 edition. Malaysia clinched their first victory since 1960, where they were joint champions with South Korea and it was their first final since 1961. Indonesia won 2–1 for the trophy that year. 

At the 1968 Merdeka finals, Malaysia defeated Burma 3–0 with goals from Zulkifli Norbit (53’), Shaharuddin (64’) and N. Thanabalan (68’).

Malaysia kept their confidence high, leading them to the final round in 1969. In the semi-finals against Burma, Shaharuddin scored all three goals to ensure a 3 – 1 win. Unfortunately, they lost to Indonesia in the final (2–3). Malaysia’s goals were scored by Abdullah Noordin and Wong Fook Yong. 

Malaysia lost their streak the following year and did not place in both 1970 and 1971. Shaharuddin did not play in 1971 due to a knee injury sustained during a Penang-Perak match at the Malaysia Cup. 

Shaharuddin, and the whole team, came back in top form for the 1972 Merdeka Tournament, where Malaysia reached the finals. He scored two goals against Japan (3-1), ensuring the top spot of their group. However, Malaysia lost 1–2 to South Korea in the finals and they were runners-up once again. The two brothers played at the 1972 Munich Olympic Games this same year. 

Malaysia returned with a vengeance in 1973, determined to finally take back the trophy. In their last match to top Group A, Malaysia defeated India 4–0. Namat beautifully utilized a free kick to land the ball into the goal in the 60th minute. Three more goals were scored by Rahim Abdullah, Harun Jusoh and Mokhtar Dahari. Namat scored again in the semi-finals where Malaysia met Burma and won 2–1. Victory was theirs after defeating Kuwait 3–1 in the final.

Now defending champions in 1974, Namat was entrusted with the role of captain and he delivered. Malaysia met South Korea in the finals after defeating Thailand in the semi-finals. After 84 minutes of a scoreless match, Malaysia retained the trophy after a winning goal by Mokhtar Dahari. 

Both brothers retired from representing Malaysia the following year but continued to play for their Penang state team. 

1974 Merdeka Tournament final line-up: Lim Fung Kee, Namat Abdullah (Captain), Wong Voon Leong, Soh Chin Aun, Shukor Salleh, Santokh Singh (Wan Zawawi), Mohamed Bakar, Syed Ahmad, Mokhtar Dahari, Shaharuddin Abdullah, Wong Choon Wah

Team manager: A. S. Mohamed Mydin
Coach: Jalil Che Din

Leave A Reply

Your email address will not be published.