Sylvia Ng – Wanita Malaysia Pertama untuk Menjuarai Sukan Komanwel

Pada tahun 1978, legenda badminton negara Sylvia Ng mencipta sejarah sebagai wanita Malaysia pertama untuk memenangi pingat emas di Sukan Komanwel. Sehingga hari ini, beliau kekal sebagai satu-satunya pemain negara yang memenangi pingat emas dalam acara perseorangan wanita. 

Penampilan sulung Sylvia adalah di Sukan Komanwel 1970, yang diadakan di Edinburgh, Scotland. Dalam acara perseorangan, Sylvia berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Alison Ridgway dari Kanada (4-11, 2-11). Beliau juga berentap dengan pasangan Malaysia untuk perlawanan pingat gangsa acara beregu wanita. Digandingkan dengan Sylvia Tan, mereka tewas kepada Rosalind Singha Ang & Teoh Siew Yong (2-15, 15-12, 10-15). 

Sylvia memenangi pingat pertama beliau di Sukan Komanwel 1974, iaitu pingat gangsa dalam acara perseorangan, setelah mengalahkan pemain Inggeris Susan Whetnall (11-2, 11-8). Bersama Rosalind, lawan beliau pada kejohanan sebelumnya, Sylvia turut membawa pulang pingat gangsa dalam acara beregu wanita setelah menewaskan Mimi Nilsson & Judy Rollick dari Kanada (15-2, 15-8). 

Menjelang tahun 1978, kerjaya Sylvia dalam dunia badminton Malaysia bertambah cemerlang. Beliau menjuarai Kejohanan Badminton Malaysia selama enam tahun berturut-turut dari 1972 hingga 1977. Namun, beliau tewas kepada Katherine Teh pada perlawanan akhir edisi 1978. 

Walau bagaimanapun, beliau mendapat peluang untuk menebus kekalahan apabila bertemu Katherine sekali lagi untuk perlawanan akhir Sukan Komanwel 1978. Selepas perlawanan yang pantas, Sylvia berjaya menewaskan Katherine (11-5, 11-3) untuk memenangi pingat emas Sukan Komanwel pertamanya. 

Pingat emas tersebut merupakan sebuah kemenangan yang menakjubkan untuk negara dan Sylvia sendiri. Beliau bukan sahaja pemain wanita Malaysia yang pertama untuk meraih pingat emas, tetapi beliau satu-satunya pemain Malaysia yang memungut pingat dalam acara badminton pada edisi kejohanan itu. Sylvia juga memenangi pingat gangsa dalam acara pasukan campuran, di mana Malaysia mengalahkan New Zealand 4 – 1. 

Nantikan paparan kami yang seterusnya tentang karier hebat legenda Sylvia Ng. 

(Kredit foto asal: Dunia Sukan)

//

Sylvia Ng – Malaysia’s first female champion at the Commonwealth Games

In 1978, badminton legend Sylvia Ng made history as the first Malaysian woman to win a gold medal at the Commonwealth Games. To this day, she remains the only Malaysian player to have won a gold medal in Women’s Singles.  

Sylvia’s debut appearance was at the 1970 Commonwealth Games, which was held in Edinburgh, Scotland. In Women’s Singles, Sylvia made it to the quarterfinals before losing to Alison Ridgway from Canada (4-11, 2-11). She also participated in an all-Malaysian bronze medal match for Women’s Doubles. Partnered with Sylvia Tan, they lost to Rosalind Singha Ang & Teoh Siew Yong (2-15, 15-12, 10-15). 

She bagged her first medal at the 1974 Commonwealth Games, where she won the bronze for Women’s Singles after defeating English player Susan Whetnall (11-2, 11-8). Paired with her opponent from the previous Games, Rosalind, Sylvia also took home the bronze medal for Women’s Doubles as they defeated Mimi Nilsson & Judy Rollick from Canada (15-2, 15-8). 

By 1978, Sylvia was a force to be reckoned with in Malaysian badminton. She took home the National Champion title for six consecutive years from 1972 to 1977. However, she lost to Katherine Teh in the final round of the 1978 edition. 

Nevertheless, she was granted a rematch when she met Katherine for the final match of the 1978 Commonwealth Games. After a swift match, Sylvia defeated Katherine (11-5, 11-3) to claim her first gold medal.

It was an astonishing victory for her and the nation. Not only was she the first Malaysian woman to claim a gold medal but she was the only Malaysian to win in badminton in that edition. Sylvia also won a bronze medal in the Mixed Team event, where Malaysia defeated New Zealand 4–1.

Stay tuned as we continue to cover more of Sylvia Ng’s illustrious career. 

(Original photo credit: Dunia Sukan)

Leave A Reply

Your email address will not be published.