Selamat Hari Lahir, Soh Chin Ann!

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir ke-72 kepada legenda bola sepak Datuk Wira Soh Chin Ann!

Chin Ann menyarung jersi Malaysia dari 1969 hingga 1984.

Pada tahun 2021, FIFA mengisytiharkan bahawa Soh Chin Ann mempunyai kaps terbanyak di dunia, setelah mengiktirafkan 195 daripada 252 penampilan antarabangsa beliau. (Rekod tersebut telah dipecah pada Jun 2022 oleh pemain Kuwait, Bader Al-Mutawa dengan 196 kaps).

Chin Ann mula bermain bola sepak pada umur 14 tahun untuk Melaka Combined Schools. Beberapa tahun kemudian, beliau membuat penampilan antarabangsa pertama di Piala Raja Thai 1969. Selepas itu, beliau merupakan ahli termuda dalam skuad kebangsaan yang layak ke Sukan Olimpik Munich 1972, sebelum layak sekali lagi ke Sukan Olimpik Moscow 1980.

Chin Ann meraih banyak kemenangan besar termasuk juara Piala Merdeka 1973, 74, 76 dan 79, pingat emas Sukan SEA 1977 & 1979 dan pingat gangsa di Sukan Asia Teheran 1974. Perlawanan terakhir beliau bersama Harimau Malaya adalah di Kelayakan Piala Asia 1984. Namun, Malaysia malangnya tidak mara ke pusingan seterusnya.

Bersama pasukan Selangor, Chin Ann menjadi juara Piala Malaysia sebanyak enam kali antara tahun 1971 dan 1978. Ketika beliau bermain untuk Melaka dari 1979 hingga 1985 (kemudian sekali lagi pada tahun 1988 sebelum beliau bersara), pasukannya menjuarai Liga Malaysia pada tahun 1983. Format liga baru diperkenalkan pada 1982 sebelum digantikan oleh Liga Semi-Pro pada tahun 1994.

Sebagai kapten, Chin Ann mempamerkan kualiti kepimpinan yang dikagumi ramai. Kami berharap segala pengorbanan dan sumbangan beliau kepada bola sepak Malaysia akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi kepada generasi yang akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya

//

Legasi Lagenda wishes football legend Datuk Wira Soh Chin Ann a happy 72nd birthday!

Chin Ann wore the Malaysian jersey from 1969 to 1984.

In 2021, FIFA recognised Soh Chin Ann as the most-capped footballer in the world, declaring 195 of his 219 international appearances official. (The record has since then been broken by Bader Al-Mutawa from Kuwait with 196 caps as of June 2022.)

Chin Ann first started playing football at 14 years old for Malacca Combined Schools. A few years later, he played his first international tournament at the 1969 King’s Cup. He was then the youngest member in the national team to qualify for the 1972 Munich Olympic Games, before qualifying again for the 1980 Moscow Olympic Games.

He has reaped numerous victories including champion at the 1973, 74, 76 and 79 Merdeka Tournament, gold medal at the 1977 & 1979 SEA Games and bronze at the 1974 Tehran Asian Games. His last match with Harimau Malaya was at the 1984 Asian Cup Qualifying Round, where Malaysia unfortunately did not advance.

With Selangor, Chin Ann won six Malaysia Cup titles during his time between 1971 to 1978. When he played for Malacca from 1979 to 1985 (then again in 1988 before officially retiring), the team topped the Malaysian League in 1983. The league format was newly formed in 1982 before it was succeeded by the Semi-Pro League in 1994.

As skipper, he demonstrated leadership qualities that were admired by many. We hope his sacrifices and contributions to Malaysian football will always be remembered and become an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.