Dalam Kenangan – Mokhtar Dahari

MOKHTAR DAHARI
13 November 1953 – 11 Julai 1991

31 tahun lalu pada hari ini, Malaysia kehilangan salah seorang pemain bola sepak yang terhebat, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Sang legenda yang tiada pengganti. Allahyarham diiktiraf oleh FIFA sebagai penjaring gol antarabangsa ke-3 tertinggi dengan 89 gol dan disenaraikan sebagai anggota Kelab Abad FIFA setelah mencatat 138 caps.

Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.

Foto (kanan) menunjukkan Mokhtar Dahari, kapten pasukan Selangor, menjulang Piala Malaysia 1981 selepas menewaskan Singapura 4–0 dalam perlawanan akhir.

Mokhtar menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-20 dan satu lagi pada minit ke-27. Dua lagi gol dijaringkan oleh Jamaluddin Norbit dan Khan Hung Meng.

(Kredit foto asal: AllSport)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#muziumharimaumalaya
#harimaumalaya
#supermokh

//

MOKHTAR DAHARI
November 13, 1953 – July 11, 1991

31 years ago on this day, Malaysia lost one of its most formidable football players, the late Mokhtar Dahari.

A legend who can never be replaced. Mokhtar was recognised by FIFA as the 3rd highest international goal scorer of all time with 89 goals and was inducted into FIFA’s Century Club for achieving 138 caps.

May his soul always be blessed with mercy and is placed among the faithful and righteous.

The photo (right) shows Mokhtar Dahari, captain of the Selangor team, holding up the 1981 Malaysia Cup after defeating Singapore 4–0 in the finals.

Mokhtar scored the opening goal in the 20th minute and another in the 27th. Two more goals were scored by Jamaluddin Norbit and Khan Hung Meng.

(Original photo credit: AllSport)

Leave A Reply

Your email address will not be published.