Terima Kasih, Barisan Kejurulatihan Harimau Malaya!

Terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang turut menabur bakti bersama mantan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. Mereka terdiri daripada penolong jurulatih S. Balachandran, jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz dan jurulatih kecergasan Martin Stano serta pentadbir pasukan, Andy Azzudin.

Kesemua mereka ini akan diganti oleh pasukan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu. Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Malaysia telah mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon dari Korea Selatan sebagai jurulatih baharu skuad kebangsaan.

Pan-gon akan tiba di Malaysia pada awal Februari 2022 bersama empat pembantunya iaitu penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan dan juruanalisis.

Selamat maju jaya kepada semua!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Thank you, Harimau Malaysia coaching staff!

Thank you to the coaching staff who worked tirelessly alongside former Harimau Malaya head coach, Tan Cheng Hoe. The team consisted of assistant coach S. Balachandran, goalkeeper coach Azmin Azram Abdul Aziz and fitness coach Martin Stano as well as team administrator Andy Azzudin.

They will be replaced by a new Harimau Malaya coaching staff. Recently, the Football Association of Malaysia (FAM) announced the appointment of Kim Pan-gon from South Korea as the new coach of the national squad.

Pan-gon will arrive in Malaysia in early February 2022 with four of his assistants including assistant coach, goalkeeper coach, fitness coach and team analyst.

We wish them all the best.

Leave A Reply

Your email address will not be published.