Legasi Lagenda bersama Nordin Jadi

Anak kelahiran Johor yang membesar tanpa sosok seorang ayah sejak berumur 8 tahun tidak menjadikannya halangan untuk mencipta nama sebagai seorang atlet negara yang berjaya.

Nordin Jadi lahir pada 12 Mei 1962. Beliau merupakan anak yang ke-enam daripada tujuh adik-beradik, di mana yang lainnya perempuan. Kesukaran hidup tidak menghalang keluarganya memberi dorongan untuk beliau mendalami bakatnya dalam dunia olahraga.

Mula menunjuk kemampuan atletik di sekolah rendah, bakat beliau digilap semasa di sekolah menengah. Sejak dari usia yang muda beliau telah memasang niat untuk mewakili negara di pentas antarabangsa.

Sewaktu berumur 17 tahun, Nordin Jadi menjadi atlet Malaysia yang pertama untuk mencipta rekod di Kejohanan Atletik Sekolah-sekolah ASEAN. Larian beliau dalam acara 400m dengan masa 49.4 saat mengalahkan pelari dari Indonesia, Josef Miagan dan memotong 0.6 saat rekod kejohanan yang lalu. Kepantasan itu juga merupakan masa terbaik peribadi anak penoreh getah dari Tangkak. Sebelum itu, Nordin mencatatkan masa 50.0s dalam Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Apa lagi kejayaan dan rekod yang dicipta oleh Nordin Jadi? Tunggu paparan kami yang selanjutnya.

Legasi Lagenda bertemu dengan sang legenda baru-baru ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi perjalanan hidup sebagai seorang atlet negara.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia

//

Legasi Lagenda meets with Nordin Jadi

The Johor native who grew up without a father figure since the age of eight, did not let it stop him from making a name for himself as a successful athlete. 

Nordin Jadi was born on May 12, 1962. The sixth child of seven, he was the only boy within his siblings. Although his family was from the working class, they supported him to pursue athletics as his love and talent for the sport grew. 

He began to show his athletic abilities in primary school and continued to polish his talent in secondary school. He had a dream to represent the country from a young age. 

At the age of 17, Nordin became the first Malaysian athlete to set a record at the ASEAN Schools Athletic Championships. His 400m run of 49.4s defeated Indonesian athlete Josef Miagan and overtook the previous record by 0.6s. The achievement was also a personal best for the rubber tapper’s son from Tangkak at the time. Before that, Nordin recorded a time of 50.0s on a national school level. 

What other successes and records did Nordin Jadi achieve as an athlete? Stay tuned for our next post. 

Recently, Legasi Lagenda visited the national legend. Thank you for sharing stories from your life and journey as an athlete. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.