Meraikan 100 tahun Piala Malaysia – Piala Malaya 1962 & 1963 

Buat pertama kali sejak 1958, Pulau Pinang berjaya memasuki final Piala Malaya. Yaacob Syed, Setiausaha Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), memberitahu wartawan bahawa pasukanya yakin mengatasi juara bertahan Selangor. Keyakinan itu datang berikutan kemenangan besar ke atas Kelantan pada peringkat separuh akhir, 7–1 (Stadium Bandaraya) dan 6–1 (Kota Bharu), menjadikan jumlah jaringan keseluruhan sebanyak 51 gol dalam lapan perlawanan.

Selangor dan Pulau Pinang melancarkan serangan ke atas kubu pertahanan masing-masing. Kedua-dua pasukan nampak seimbang dan pertahanan mereka juga kental mematahkan serangan. Kedudukan terikat 0-0 sehinggalah minit ke-60, apabila Stan Gabrielle berjaya meluru ke gawang lawan dan menjaringkan gol tunggal perlawanan dan kemenangan pasukan Selangor. Walaupun gagal menjadi juara, semangat juang Pulau Pinang menambat perhatian peminat bola sepak.

Pada tahun 1962 juga, Piala Burnley turut dipertandingkan buat pertama kalinya. Selangor muncul juara setelah mengalahkan Perak 4–2 di pertandingan akhir yang diadakan sebagai perlawanan pembuka tirai final Piala Malaya. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima hadiah Piala Burnley daripada FA England melalui jurulatih Choo Seng Quee setelah menjalani kursus kejurulatihan di Burley FC dan Sheffield FC. Piala tersebut dipertandingkan untuk kejohanan belia.

Pulau Pinang dan Selangor kembali sekali lagi untuk perlawanan akhir Piala Malaya pada tahun berikutnya. Kali ini lebih menarik. Pulau Pinang dengan misi membalas dendam, manakala Selangor ingin mempertahankan kejuaraan dan memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai gergasi bola sepak.

M. Kupan menjaringkan gol Pulau Pinang seawal minit ke-5. Ghani Minhat membalas seminit kemudiannya dan meletakkan Selangor di hadapan pada minit ke-14. 10 minit kemudian, giliran Pulau Pinang pula untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan gol Pang Siang Hock.

Kedudukan terikat 1–1 di separuh masa. Setelah menyelamatkan percubaan gol oleh pasukan Selangor, penjaga gawang Pulau Pinang tersalah sepak bola yang melantun ke arah Arthur Koh yang berada di luar kotak penalti. Terkejut tetapi masih tetap fokus, Koh menggunakan kepalanya untuk menanduk bola mencecah jaring pada minit ke-54 untuk mendahului Pulau Pinang 3–2. Itulah tuah yang diperlukan untuk mengembalikan keyakinan pasukan Selangor. Juara bertahan berjaya menambahkan tiga gol lagi menerusi Ghani Minhat (57’, 75’) dan Stan Gabrielle (87’). Selangor menang 6–2 dan sekali lagi muncul juara untuk tiga tahun berturut-turut.

Pasukan-pasukan di perlawanan akhir Piala Malaya 1962:

Selangor: Teh Cheng Lee, Abdullah Noordin, Clement Soosay, Roslan Buang, Edwin Dutton, Inder Singh, Stan Gabrielle, Ong Kim Leng (Ho Yoon Meng), Arthur Koh, Abdul Ghani, M. Govindarajoo 

Penang: Yeap Kim Hock, Jalil Che Din, Said Saleh, Mazlan Hamid, Pang Siang Teik, Boey Cheong Liam, M. Kupan, Ismail Baba, Pang Siang Hock, Ibrahim Mydin, Omar Yassin

Pasukan-pasukan di perlawanan akhir Piala Malaya 1963:

Selangor: Teh Cheng Lee, Abdullah Noordin, Clement Soosay, Ho Yuen Meng, Mike Chandran, Roslan Buang, Wong Fook Yoong, Abdul Ghani, Arthur Koh, Stan Gabrielle, Ong Kim Leng

Penang: Yeap Kim Hock, Sze-To Kim Poh, Said Salleh, Mazlan Hamid, Pang Siang Teik, John Leather, Teoh Peng Chooi, M. Kupan, Pang Siang Hock, Ibrahim Mydin, Omar Yassin

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

//

Celebrating 100 Years of the Malaysia Cup – Malaya Cup 1962 & 1963

For the first time since 1958, Penang reached the Malaya Cup final. Yaacob Syed, secretary of the Football Association of Penang (FAP), told newspapers that the team was confident to win over defending champions Selangor. The high comes from destroying Kelantan in the semi-finals, winning both matches 7–1 and 6–1, resulting in a total of 51 goals in eight matches. 

Selangor and Penang both pounced to attack in the final match. However, both teams caught on to each other’s strategies and held up a strong defence. After 60 minutes of a scoreless match, Stan Gabrielle raced to the net and scored Selangor’s sole but winning goal. Despite not taking the crown, Penang’s fighting spirit did not go unnoticed. 

1962 also saw the inaugural edition of the Burnley Cup, where Selangor emerged as champions as well by defeating Perak 4 – 2. Football Association of Malaysia (FAM) was awarded the Burnley Cup from the English Football Association through coach Choo Seng Quee, who underwent coaching courses at Burnley FC and Sheffield FC. The Cup was to be contested for a youth tournament. 

Penang came back with a vengeance in 1963 where they met Selangor again in the Malaya Cup final. On the other hand, Selangor was on a mission to retain the championship and strengthen their form as a football giant.

This final match proved more exciting than its predecessor when M. Kupan scored Penang’s first goal in the 5th minute. Selangor’s Abdul Ghani equalised a minute later and scored once again in the 14th minute. 10 minutes later, it was Penang’s turn to even the score as Pang Siang Hock stormed into the goal with the ball. 

The teams were 2–2 at half time. After a goal attempt by Selangor, Penang goalkeeper Yeap Kim Hock miskicked the ball and it headed straight to Arthur Koh who was just outside of the penalty box. Surprised but focused, Koh used his head to knock the ball right into the net in the 54th minute. It was the luck Selangor needed to regain their confidence, which led to three more goals – by Abdul Ghani (57’, 75’) and Stan Gabrielle (87’). Selangor emerged as champions once again, their third in a row.

Teams competed at the 1962 Malaya Cup final:

Selangor: Teh Cheng Lee, Abdullah Noordin, Clement Soosay, Roslan Buang, Edwin Dutton, Inder Singh, Stan Gabrielle, Ong Kim Leng (Ho Yoon Meng), Arthur Koh, Abdul Ghani, M. Govindarajoo 

Penang: Yeap Kim Hock, Jalil Che Din, Said Saleh, Mazlan Hamid, Pang Siang Teik, Boey Cheong Liam, M. Kupan, Ismail Baba, Pang Siang Hock, Ibrahim Mydin, Omar Yassin

Teams competed at the 1963 Malaya Cup final:

Selangor: Teh Cheng Lee, Abdullah Noordin, Clement Soosay, Ho Yuen Meng, Mike Chandran, Roslan Buang, Wong Fook Yoong, Abdul Ghani, Arthur Koh, Stan Gabrielle, Ong Kim Leng

Penang: Yeap Kim Hock, Sze-To Kim Poh, Said Salleh, Mazlan Hamid, Pang Siang Teik, John Leather, Teoh Peng Chooi, M. Kupan, Pang Siang Hock, Ibrahim Mydin, Omar Yassin

Leave A Reply

Your email address will not be published.