Meraikan 100 Tahun Piala Malaysia – Piala Malaya 1958 – Pulau Pinang v Singapura

Pertandingan akhir Piala Malaya 1958 antara Pulau Pinang dan Singapura mencuri perhatian ramai apabila tiada pemenang dapat ditentukan dan perlawanan ulangan terpaksa diadakan. Peristiwa ini telah mendebarkan peminat bola sepak.

Pertandingan akhir asalnya diadakan pada 23 Ogos di mana kedua-dua pasukan terikat 3-3. Perlawanan ini telah disebutkan sebagai salah satu perlawanan yang paling mengasyikkan lagi mendebarkan yang pernah ditonton oleh peminat bola sepak tanah air. Pulau Pinang mendapat gol awal melalui Aziz Ahmad pada minit ke-3. Singapura membalas dengan gol pertama mereka pada minit ke-19 melalui tendangan Arthur Koh. Pulau Pinang tidak menunggu lama untuk berada di hadapan sekali lagi apabila Chuah Poh Beng mendapatkan gol pada minit ke-21. Pulau Pinang mendahului 2-1 di separuh masa pertama.

Pulau Pinang meneruskan momentumnya selepas masa rehat. Woo Ah Wah, dengan larian pantasnya di sebelah kiri padang, membuat rembatan rendah yang kencang menewaskan penjaga gol Seet Yew Chang. Kelihatan Pulau Pinang akan menang selesa. Namun, Singapura enggan mengalah. Enam minit selepas itu, Osman Johan mengelecek beberapa pemain pertahanan Pulau Pinang sebelum melepaskan sepakan yang terkena Boey Cheong Lian dan melantun ke dalam pintu gol.

Singapura terus mengasak dan berjaya menambah gol empat minit selepas itu. Gandingan baik antara Arthur Koh, Dollah Zainol dan Quah Kim Swee membawa Kim Swee membuat sepakan padu mencecah jaring pintu gol. Singapura berjaya menyamakan kedudukan 3-3 dan keputusan itu kekal setelah tambahan masa dijalankan. Perlawanan ulangan terpaksa diadakan untuk menentukan juara.

Perlawanan semula diadakan pada 13 September. Setelah dihiburkan dengan persembahan cemerlang oleh kedua-dua pasukan, penonton telah bersedia untuk satu lagi perlawanan yang sengit. Mereka disajikan dengan permainan yang lebih meyakinkan oleh pasukan Pulau Pinang di mana penonton menyaksikan mereka berjaya menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama.

Singapura bermula dengan langkah kiri apabila Umar Rahmat menjaringkan gol sendiri 11 minit dalam perlawanan. J. Hanson pula menjaringkan gol kedua pada minit ke-33 setelah mendapat umpanan daripada Chuah Poh Beng. Singapura bekerja keras dan cuba bangkit pada separuh masa kedua. Namun begitu, benteng pertahanan Pulau Pinang tetap kental dan berjaya mempertahankan gawang. Pasukan Pulau Pinang menghancurkan segala impian yang ada pada Singapura dan mereka berjaya memenangi Piala Malaya 1958, 2-0.

Pasukan Pulau Pinang: S. Varatharaju, Koay Ban Chuan, Yep Cheng Eng, Ariffin Noor, Pang Sieng Teik, Boey Cheong Liam, M. Kupan, J. Hanson, Aziz Ahmad, Chuah Poh Beng, Woo Ah Wah

Pasukan Singapura: Seet Yew Chang, Umar Rahmat. Matmoon Sudasee, Quah Kim Beng, Lee Kok Seng, Osman Johan, Ibrahim Hassan, Tahir Abu, Arthur Koh, Quah Kim Swee, Dollah Zainol

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

//

The 1958 Malaya Cup final was as riveting as it can get, with no winner declared so a replay match had to be held, keeping everyone in suspense. 

The first final match on August 23 saw both teams draw 3–3 after what was said to be one of the most thrilling, suspenseful matches spectators have seen. Penang scored an early lead with a goal by Aziz Ahmad in the 3rd minute. Singapore retaliated with their first goal, shot by Arthur Koh, in the 19th minute but Penang left no time to rest as Chuah Poh Beng secured their second goal in the 21st minute. Penang led 2–1 at halftime. 

Penang continued their strong start thanks to Woo Ah Wah speeding through the left side and making a swift, low shot past goalkeeper Seet Yew Chang in the 56th minute. Though it seemed like Penang was getting a comfortable win, Singapore was nowhere ready to back down. Six minutes later, Osman Johan kept pushing through Penang’s defence with the ball, which struck Boey Cheong Lian and deflected into the goal. 

They kept the momentum going and powered through another goal four minutes after that, with great teamwork by Arthur Koh, Dollah Zainol and Quah Kim Swee, who then shot it perfectly into the net. Singapore had matched with Penang 3–3 but even with additional time, neither team could break the draw and a replay match was called.  

The replay match was held on September 13. After a brilliant performance by both teams, spectators were ready for another nail-biting finale. They did witness a more confident performance by Penang, who blazed through the match and scored twice in the first half itself. 

Singapore was off to a rocky start after Umar Rahmat scored an own goal 11 minutes into the match. 22 minutes later, J. Hanson scored Penang’s second goal after a pass from Chuah Poh Beng. Singapore fought hard in the second half but Penang’s defence was strong and kept them from scoring. Shattering any hopes Singapore might have had, Penang won the 1958 Malaya Cup –– 2–0. 

Penang Line-up: S. Varatharaju, Koay Ban Chuan, Yep Cheng Eng, Ariffin Noor, Pang Sieng Teik, Boey Cheong Liam, M. Kupan, J. Hanson, Aziz Ahmad, Chuah Poh Beng, Woo Ah Wah

Singapore Line-up: Seet Yew Chang, Umar Rahmat. Matmoon Sudasee, Quah Kim Beng, Lee Kok Seng, Osman Johan, Ibrahim Hassan, Tahir Abu, Arthur Koh, Quah Kim Swee, Dollah Zainol

Leave A Reply

Your email address will not be published.