#DSSJeneralPadang – FIFA Century Club

“Saya merasa bangga apabila nama saya tersenarai. Pengiktrafan ini bukan sahaja bermakna buat diri saya, tetapi secara tidak langsung ia juga menaikkan nama negara.”

Itulah reaksi legenda bola sepak negara, Dato’ Shukor Salleh kepada Legasi Lagenda apabila diberitahu bahawa nama beliau tersenarai dalam FIFA Century Club yang dikemaskini oleh FIFA pada 4 Mei 2021. FIFA Century Club merupakan senarai pemain-pemain yang telah berjaya membuat sekurang-kurangnya 100 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Mengikut rekod FIFA, Dato’ Shukor Salleh telah bermain sebanyak 163 kali untuk Harimau Malaya, bermula dari tahun 1970 hingga 1981. Dua lagi pemain yang turut tersenarai adalah Allahyarham Mokhtar Dahari (138 kali) dan mendiang R. Arumugam (131 kali). Sementara itu, nama Dato’ Soh Chin Aun juga akan bakal tersenarai, sekiranya proses kelulusan berjalan lancar.

Apabila ditanya apakah nasihat untuk pemain-pemain muda, beliau menjawab, “Kita bagaikan seorang diplomat apabila mewakili negara. Kita membawa nama negara. Jadi kita kita kenalah bermain bersungguh-sungguh demi nama Malaysia.”

Foto: Dato’ Shukor Salleh menerima cenderahati daripada Presiden AFC, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah pada malam majlis anugerah AFC Century Club pada tahun 1999. Ini adalah antara foto dan kisah perjalanan hidup legenda Dato’ Shukor Salleh yang terdapat dalam buku penerbitan kami, Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang. Anda boleh dapatkan di http://legasilagenda.com/shop.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran

#DSSJeneralPadang – FIFA Century Club

“I feel proud to see my name listed. This recognition is not only for me, but it also boosts the country’s name.”

This was the reaction of national football legend, Dato’ Shukor Salleh to Legasi Lagenda when he was told that his name was listed in the newly updated FIFA Century Club as of May 4, 2021. The FIFA Century Club holds a list of players who have made at least 100 international appearances with their respective national squad.

According to FIFA’s records, Dato’ Shukor Salleh played 163 times for Harimau Malaya from 1970 to 1981. Two more Malaysian players have made the list, the late Mokhtar Dahari (138 times) and R. Arumugam (131 times). Dato’ Soh Chin Aun’s name will also hopefully be listed alongside them if the approval process goes smoothly.

When asked about what advice he would give to younger players, he replied, “We are like diplomats when representing our country. We carry the country’s name so we have to give it our all for Malaysia.”

Photo shows Dato’ Shukor Salleh receiving a gift from AFC President, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, during the AFC Century Club awards ceremony in 1999. This is among many more exclusive photos and stories of Dato’ Shukor Salleh’s life that can be found in our latest book ‘Dato’ Shukor Salleh – Jeneral Padang’. Get yours now at http://legasilagenda.com/shop

Leave A Reply

Your email address will not be published.