Selamat berjuang Harimau Malaya!
Pada tahun 2019, kami menghadiahkan kain rentang ‘Merdeka ka World Cup’ kepada jurulatih Tan Cheng Hoe dan Harimau Malaya.
Slogan ‘Merdeka ka World Cup’ digunakan pada awal tahun 1970-an dalam rangka skuad kebangsaan mempersiapkan diri bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia.
Kain rentang ini diberi sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kami kepada skuad kebangsaan pada zaman keemasan bola sepak. Kami juga berharap agar roh semangat perjuangan mengalir terus ke dalam setiap anggota skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe.
Semoga pengorbanan dan pencapaian legenda-legenda sukan yang terdahulu menjadi pemangkin untuk skuad kebangsaan mencapai kejayaan yang lebih tinggi.
Kami mengucapkan selamat berjuang kepada barisan jurulatih dan pemain-pemain pasukan negara kita dalam menghadapi baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023 menentang Vietnam dan Thailand.
Selamanya Harimau Malaya!
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#HarimauMalaya
All the best, Harimau Malaya!
In 2019, we presented a “Merdeka ka World Cup” banner to coach Tan Cheng Hoe and Harimau Malaya.
The slogan “Merdeka ka World Cup” was used in the early 1970s during the national squad’s preparations for the World Cup qualifiers.
This banner was given as a sign of respect and gratitude to the national team from the golden age of football. We hope that it brings the spirit of past football pride to every member of the Harimau Malaya squad led by Tan Cheng Hoe.
May the sacrifices and achievements of past sporting legends become a beacon of inspiration for the national team to achieve even greater success.
We wish good luck to the coaches and players of the national team in facing the remaining matches of the 2022 World Cup / 2023 Asian Cup Qualifiers against Vietnam and Thailand.
Forever Harimau Malaya.