Kehebatan Ng Boon Bee dan Panachacharan Gunalan – Juara All England 1971

Ng Boon Bee dan Panachacharan Gunalan atau lebih dikenali dengan Punch Gunalan mengharumkan nama negara setelah menggondol kejuaraan acara beregu badminton lelaki All England pada tahun 1971. Kali terakhir pasangan Malaysia memenangi Kejuaraan All England yang dianggap sebagai kejuaraan dunia pada waktu itu adalah pada tahun 1966 menerusi Ng Boon Bee dan Tan Yee Khan. Pasangan Ng Boon Bee / Punch Gunalan dibentuk setelah persaraan Tan Yee Khan akibat kecederaan pada tahun 1969.

Pertandingan All England 1971 yang diadakan pada 24-28 Mac di Empire Pool (sekarang dengan nama Wembley Arena), London, menyaksikan pasangan Malaysia, Ng Boon Bee/Punch Gunalan, juara Sukan Asia 1970, mengalahkan pasangan terkuat Indonesia pada waktu itu, Rudy Hartono/Indra Gunawan dengan ‘straight set’ 15-5 dan 15-3 dalam masa 26 minit.

Pasangan beregu negara kelihatan lebih pantas dan hantaran bulu tangkis juga lebih tepat berbanding dengan pasangan lawan. Pukulan ‘smash’ pasukan Malaysia banyak menghasilkan mata pada set pertama. Set kedua bagaikan formaliti apabila permainan dikawal oleh pasangan Malaysia. Ini merupakan kemenangan kedua pasangan Ng Boon Bee/Punch Gunalan ke atas pasangan Indonesia setelah mengalahkan mereka di kejuaraan Terbuka Denmark dengan tiga set 11-15, 15-4, 15-8. Sedikit-sebanyak ia dapat menebus kekalahan mereka di tangan pasangan Indonesia pada kejohanan Piala Thomas 1970, 15-9, 16-17, 6-15.

Selepas kemenagan Ng Boon Bee/Punch Gunalan, kita terpaksa menunggu lebih sedekad untuk memenagi kejuaraan All England untuk beregu lelaki menerusi Razif Sidek/Jailani Sidek pada tahun 1982. Kali terakhir pasangan lelaki negara menjadi juara All England adalah Koo Kien Keat /Tan Boon Heong pada tahun 2007. Semoga kemenangan jaguh-jaguh badminton negara sebelum ini menjadi inspirasi kepada pemain pelapis negara untuk mengharumkan nama negara dalam dunia badminton.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran

The Greatness of Ng Boon Bee & Panachacharan Gunalan

1971 All England Champions Ng Boon Bee and Panachacharan Gunalan – or better known as Punch Gunalan – made the nation proud after winning the All England Badminton Men’s Doubles in 1971. The last time a Malaysian pair won the All England Championships, which was considered as the World Championships back then, was in 1966 with Ng Boon Bee & Tan Yee Khan. The pairing of Ng Boon Bee & Punch Gunalan was formed after Tan Yee Khan’s retirement in 1969 due to injury.

The 1971 All England Championships were held from March 24 – 28 at the Empire Pool (now known as Wembley Arena), London. This was where 1970 Asian Games champions Ng Boon Bee & Punch Gunalan defeated Indonesia’s strongest doubles pair at the time, Rudy Hartono & Indra Gunawan, in straight sets. They won 15-5 and 15-3 in 26 minutes.

The national doubles pair seemed faster on their feet and had more accurate delivery compared to their opponents. Their strong smashes produced a lot of points in the first set. The momentum kept going as the Malaysian pair kept their control in the second set. This was the second victory for Ng Boon Bee & Punch Gunalan over the Indonesian duo after defeating them at the Danish Open in three sets, 11 – 15, 15 – 4, 15 – 8. It was as though as they were making up for when they lost to the same Indonesian pair 15 – 9, 16 – 17, 6 – 15 at the 1970 Thomas Cup.

After their victory, we had to wait over a decade to win the All England title for men’s doubles again. It was in 1982 through Razif & Jailani Sidek. The most recent men’s doubles pair to win the title was Koo Kien Keat & Tan Boon Heong in 2007. Hopefully the victories of our past national badminton champions will be an inspiration to current and upcoming national players to keep bringing Malaysia on to the badminton world stage.

Leave A Reply

Your email address will not be published.