SELAMAT HARI LAHIR, ABDULLAH ALI

Legasi Lagenda mengucapkan selamat hari lahir yang ke-72 kepada Abdullah Ali!

Kerjaya bola sepak anak jati Terengganu ini bergerak seiring dengan pendidikan beliau. Beliau mula beraksi dalam skuad belia Pahang di Piala Razak sebelum menyertai Terengganu pada tahun 1974 sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Pada tahun berikutnya, Abdullah berpindah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi dan menyertai Selangor, pasukan yang diwakilinya sehingga tahun 1980.

Bersama Selangor, Abdullah meraih pelbagai kejayaan, termasuk memenangi Piala Malaysia sebanyak empat kali – pada tahun 1975 serta tiga tahun berturut-turut dari 1978 hingga 1980. Abdullah menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1975 antara Selangor dan Singapura menerusi sepakan sudut yang cukup istimewa; satu aksi yang menjadikannya dikenali sebagai pakar “banana kick” sehingga ke hari ini.

1976 merupakan tahun yang cukup bermakna bagi Abdullah yang bersama pasukan kebangsaan buat kali pertama apabila mereka muncul juara Pestabola Merdeka 1976. Skuad kendalian ketua jurulatih Dato’ M. Kupan itu menewaskan Jepun 2-0 untuk merampas kembali Piala Merdeka, trofi yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1974.

Dengan rekod 62 penampilan bersama Harimau Malaya yang diiktiraf oleh FIFA (mengikut RSSSF), Abdullah juga pernah beraksi dalam dua edisi Piala Asia, 1976 dan 1980. Kemuncak kariernya apabila beliau bersama pasukan kebangsaan layak ke Sukan Olimpik 1980. Walaupun Malaysia memboikot temasya tersebut, ia kekal sebagai satu pencapaian yang membanggakan.

Semoga Abdullah Ali sentiasa berada dalam dalam keadaan sihat walafiat dan segala pencapaian serta pengorbanan beliau terus menjadi inspirasi bagi generasi muda dan yang akan datang.

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#MuziumSukanMalaysia
#galeriharimaumalaya
#harimaumalaysia

Legasi Lagenda would like to wish a happy 72nd birthday to Abdullah Ali!

The Terengganu native’s football career paralleled his education. He first began playing football in Pahang’s youth squad for the Razak Cup before joining Terengganu in 1974, while waiting for his SPM results. The following year, he moved to further his studies at University of Malaya, majoring in economics, and joined Selangor, whom he played with until 1980.

With Selangor, Abdullah reaped multiple victories including winning the Malaysia Cup four times – 1975 and a 1978-80 threepeat. Abdullah scored the winning goal at the 1975 Malaysia Cup final between Selangor and Singapore with a notable corner kick that led him to be known as the “banana kick expert” until today.

In 1976, Abdullah had a memorable first year with the national team, where they became champions of the 1976 Merdeka Tournament. The squad under head coach Dato’ M. Kupan defeated Japan 2-0 to reclaim the Merdeka Cup last won in 1974.

Securing a total of 62 caps with Harimau Malaya as recognised by FIFA (according to RSSSF), Abdullah also played at two editions of the Asian Cup in 1976 and 1980. A career highlight for Abdullah was qualifying for the 1980 Olympic Games. Although Malaysia boycotted the main event, it remains a proud achievement.

We hope that Abdullah Ali remains in good health and that all of his successes and sacrifices will be an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.