Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-64!

Hasil buah fikiran Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Pestabola Merdeka merupakan kejohanan bola sepak yang tertua di rantau Asia. Kejohanan ini diadakan buat julung kalinya untuk menyambut dan memperingati hari kemerdekaan yang kemudiannya menjadi satu kejohanan yang berprestij sehingga tahun 1980an. Pada era tersebut tidak banyak peluang untuk pendedahan antarabangsa. Oleh itu, negara-negara Asia mengambil peluang menghantar pasukan terbaik mereka untuk bertanding. Tidak kurang juga negara-negara dari Afrika, kelab-kelab dari Eropah dan Amerika Selatan turut menunjuk minat untuk bertanding.

Tugasan besar bagi Malaya untuk menganjurkan Pestabola Merdeka 1957. Edisi yang pertama bagi kejohanan jemputan ini melihat kehadiran lapan buah pasukan antarbangsa dengan segala perbelanjaan mereka ditanggung tuan rumah. Syukurlah, kejohanan pertama berjaya. Dengan sokongan penyertaan pasukan dan peminat tanah air, Pestabola Merdeka menjadi semakin popular setiap tahun. Pasukan kebangsaan muncul juara sebanyak 12 kali, termasuk juara bersama dengan Korea Selatan pada tahun 1960 dan 1979. Kali terakhir ia dianjurkan pada tahun 2013, Malaysia mucul juara mengalahkan Myanmar 2-0.

Sebelum Pestabola Merdeka 1957, Tunku Abdul Rahman telah melancarkan pembinaan Stadium Merdeka di mana majlis perasmiannya diadakan pada 30 Ogos, sehari sebelum Malaya mengisytiharkan kemerdekaan. Stadium Merdeka menjadi pemangkin kepada pembangunan pelbagai sukan tanah air, lebih-lebih lagi bola sepak di mana ia menyaksikan zaman kegemilangannya. Tempat yang telah menjadi rumah kepada Pestabola Merdeka bukan sahaja mendorong pemain-pemain memberikan persembahan yang terbaik, malah juga membawa penyokong Malaysia bersama-sama menonton aksi sambil mempamerkan semangat dan kebanggaan mereka kepada negara tercinta.

Sesungguhnya sukan menyatukan Malaysia, terutamanya bola sepak yang diikuti oleh segala lapisan masyarakat. Marilah kita sama-sama meneruskan semangat kenegaraan dan perpaduan melalui sukan yang dipelopori oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-64!

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya

The brainchild of our first Prime Minister Tunku Abdul Rahman, who was also the Football Association of Malaya (FAM) president, the Merdeka Tournament is the oldest football tournament of Asia. Initially held as a commemoration of Merdeka, it was considered a prestigious tournament since its inception until the 1980s when there were few opportunities for international exposure. Hence, Asian nations would send only their best squads. African countries, European clubs, and teams from South America also participated after showing interest.

The first edition of the Merdeka Tournament in 1957 was a massive undertaking by Malaya as the invite-only tournament involved eight international teams, all of their expenses paid. Fortunately, it was a rousing success. With support from participating nations and homegrown fans alike, the Merdeka Tournament gained popularity throughout the years. Malaysia (including Malaya) emerged as champions a total of 12 times, including sharing the winning trophy with South Korea in 1960 and 1979. The last time the tournament was held was in 2013, where Malaysia won by defeating Myanmar 2–0.

Before the tournament, Tunku Abdul Rahman initiated the build of Stadium Merdeka, which had its opening ceremony on August 30, a day before Malaya declared independence. The venue became a catalyst of sporting development in the country, especially since it witnessed the glory days of Malaysian football. A most suitable home for the Merdeka Tournament, it not only motivated players to do their best but also brought Malaysian fans together to watch the action and show their national pride.

Undoubtedly, sport unites Malaysia. Football especially is followed by communities of all kind. Let’s keep our patriotic spirit united through sport as pioneered by our Father of Independence, Tunku Abdul Rahman.

Happy 64th Independence Day, Malaysia!

Leave A Reply

Your email address will not be published.