MALAYSIA 6 – 0 SINGAPURA: 1976, 1978, 2026
Dalam sejarah bola sepak Malaysia, pasukan kebangsaan telah menewaskan Singapura 6-0 sebanyak tiga kali, yang terbaharu di Piala ASEAN FIFA 2026. Walaupun kemenangan tersebut tidak cukup untuk melonjakkan mereka ke peringkat akhir, Malaysia harus berbangga dengan pencapaian itu. Bergson da Silva berjaya menjaringkan hatrik manakala tiga lagi gol dijaringkan oleh Stuart Wilkin, Paulo Josue dan Syahir Bashah, yang membuat penampilan antarabangsa sulungnya.
Pada tahun 1976, Harimau Malaya bertemu The Lions dalam saingan Kelayakan Sukan Olimpik 1976. Kedua-dua pasukan memberikan tentangan yang baik dan kekal tanpa jaringan pada 66 minit pertama perlawanan. Namun, titik perubahan berlaku apabila pemain Singapura, Hasli Ibrahim, tertampan bola masuk ke gawang sendiri. Tidak mahu kehilangan momentum, Malaysia melancarkan serangan dan berjaya menjaringkan lima lagi gol melalui Mokhtar Dahari dan Isa Bakar, masing-masing dua kali, serta Harun Jusoh.
Dua tahun kemudian, Malaysia menewaskan Singapura 6-0 sekali lagi pada perlawanan pembukaan Pestabola Merdeka 1978.
Mokhar Dahari menjaringkan gol pertama pada minit ke-15 dan skor perlawanan kekal 1-0 apabila wisel separuh masa ditiup. Pada minit ke-50, James Wong dipanggil masuk menggantikan Remeli Junit. Bermulalah pesta jaringan mereka. James menjaringkan gol kedua dan ketiga pada minit ke-66 dan ke-72. Lima minit kemudian, Mokhtar menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan itu. James kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-82 sebelum Abdullah Ali memberikan Malaysia gol keenam dan terakhir mereka.
Hari ini, Harimau Malaya meneruskan perjuangan di Piala ASEAN FIFA 2026 berdepan Vietnam dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.
Sumber foto Bergson: FIFA
//
In our football history, Malaysia has defeated Singapore 6-0 a total of three times, most recently at the 2026 FIFA ASEAN Cup. Although it was not a victory large enough to propel them into the finals, Malaysia should be proud of their achievement. Bergson da Silva scored a hat-trick while three more goals came from Stuart Wilkin, Paulo Josue and Syahir Bashah, who made his international debut.
Back in 1976, Harimau Malaya faced The Lions at the 1976 Olympic Games Qualifiers. Both teams put up a good fight as it remained scoreless for the first 66 minutes of the match. But then, the turning point came when Singapore’s Hasli Ibrahim shot the ball in their own goal. Malaysia, not wanting to lose the momentum, mounted attacks and managed to score five more through Mokhtar Dahari and Isa Bakar twice, as well as Harun Jusoh.
Two years later, Malaysia handed Singapore another 6-0 defeat at the opening match of the 1978 Merdeka Tournament.
Mokhar Dahari scored the first goal in the 15th minute and it remained 1-0 when the halftime whistle blew. In the 50th minute, James Wong was called on to the pitch replacing Remeli Junit. And then began their feast. James netted the second and third goal in the 66th and 72nd minute. Five minutes later, Mokhtar scored his second goal of the match. James then made it a hat trick in the 82nd minute before Abdullah Ali gave Malaysia their sixth and final goal.
Today, Harimau Malaya will meet Vietnam in the 2025 FIFA ASEAN Cup bronze medal match.
Original photo source (Bergson): FIFA