Selamat Hari Lahir, Dato’ Zainal Abidin Hassan!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari kelahiran ke-63 kepada Dato’ Zainal Abidin Hassan!

Zainal merupakan pemain serba boleh yang telah menunjukkan bakat di seluruh padang. Beliau memulakan kerjaya bola sepak bersama Selangor FA pada tahun 1980 sebagai pemain pertahanan tetapi pada tahun 1983, jurulatih Frank Lord menukar posisinya kepada penyerang apabila beliau menyertai Pahang FA. Zainal berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas sebanyak empat kali pada tahun 1983, 1986, 1989 dan 1992.

Penampilan sulung Zainal mewakili Malaysia adalah di Pestabola Merdeka 1980, sebelum berjaya menjuarainya pada tahun 1986. Zainal menjaringkan gol pertamanya bagi Malaysia di Piala Raja Thai edisi 1981. Beliau telah mengharumkan nama Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa termasuk Piala Tiger 1996, di mana beliau dinobatkan MVP kejohanan setelah menjadi kapten skuad dan bermain di posisi bek tengah. 

Selepas bersara sebagai pemain pada tahun 1999, Zainal mula melatih pasukan belia Malaysia dan juga memimpin Pahang FA menjuarai Liga Super Malaysia yang pertama pada tahun 2004. Pada tahun 2021, Zainal telah dimasyurkan dalam Kelab Abad FIFA, yang mengiktirafkan 116 caps beliau.

Semoga segala pencapaian beliau sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi akan datang. 

//

Legasi Lagenda would like to wish a happy 63rd birthday to Dato’ Zainal Abidin Hassan! 

Zainal was a versatile player who demonstrated talent across the pitch. He began his club career with Selangor FA in 1980 as a defender but it was not until 1983 where coach Frank Lord changed his position to a striker when he joined Pahang FA. Zainal went on to win the Golden Boot Award four times in 1983, 1986, 1989 and 1992. 

Zainal’s first appearance for Malaysia was at the 1980 Merdeka Tournament, which they eventually won in 1986, and he scored his first goal at the Thai King’s Cup in 1981. He represented the country in various tournaments including the 1996 Tiger Cup, where he was crowned Most Valuable Player after captaining the squad from a centre-back role. 

After retiring from playing football in 1999, Zainal began coaching the Malaysian youth team and even led Pahang FA to the first Malaysian Super League title in 2004. 

In 2021, Zainal was inducted into the FIFA Century Club, commemorating his 116 caps. 

We hope that his achievements will always be remembered and become an inspiration for generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.