Wira-Wira Harimau Malaya di Piala Asia 1980
Pada hari ini dalam tahun 1980, Malaysia beraksi di perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka di Piala Asia ke-7. Edisi tersebut menandakan kali kedua berturut-turut Harimau Malaya layak ke kejohanan bola sepak berprestij itu setelah kali pertama pada tahun 1976.
Malaya ditempatkan dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Qatar, UAE dan tuan rumah Kuwait. Juara tiga kali Iran (dalam Kumpulan A dengan Korea Utara, Syria, China dan Bangladesh) dianggap sebagai pasukan kegemaran manakala Korea Selatan dan Kuwait juga dianggap sebagai saingan sengit.
Malaysia bertemu juara dua kali Korea Selatan pada perlawanan pertama mereka pada 16 September. Setelah separuh masa pertama berlangsung tanpa jaringan, Korea Selatan berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-69 menerusi Choi Soon-ho. Namun, “super sub” Zulkifle Hamzah bangkit dengan gol penyamaan penuh dramatik pada saat-saat akhir perlawanan.
Dalam perlawanan menentang Kuwait, Zulkifle sekali lagi memberikan Malaysia gol tunggal mereka walaupun pasukan kebangsaan kalah 1–3. Seterusnya, Malaysia menang 2–0 apabila bertemu UAE. Perlawanan tersebut kekal sebagai satu-satunya kemenangan mereka dalam sejarah Piala Asia. Gol Malaysia dijaringkan oleh Abdah Alif (30’) dan Tukiman Bahari (89’).
Sebelum perlawanan terakhir kumpulan mereka pada 23 September, Harimau Malaya dilanda kecederaan dengan kehilangan kapten Soh Chin Ann dan pemain tengah Bakri Ibni. Shukor Salleh, sebagai kapten gantian, terpaksa tukar posisi dari tengah padang ke kubu pertahanan Malaysia. Tukiman memberikan Malaysia gol pertama perlawanan pada minit ke-34 tetapi Qatar menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Malaysia akhirnya tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir setelah menduduki tempat ketiga peringkat kumpulan. Malaysia kembali ke Piala Asia pada tahun 2007 apabila layak sebagai tuan rumah dan secara merit pada edisi Piala Asia 2023 setelah menunggu 43 tahun.
Setakat ini, Harimau Malaya menerajui saingan Kelayakan Piala Asia 2027 – Pusingan Ketiga setelah dua perlawanan. Semoga pasukan bola sepak negara dapat layak berturut-turut untuk bersaing di Arab Saudi nanti seperti mana yang berlaku pada 1980.

Harimau Malaya’s Heroes at the 1980 Asian Cup
On this day in 1980, Malaysia played their final group match at the 7th Asian Cup. This edition marked the second consecutive time that Harimau Malaya qualified for the prestigious football tournament after their first in 1976.
The 1980 Asian Cup saw Malaysia placed in Group B alongside South Korea, Qatar, United Arab Emirates and hosts Kuwait. While triple champions Iran (placed in Group A with North Korea, Syria, China and Bangladesh) was considered the team to watch, South Korea and Kuwait were also deemed as fierce competition.
Malaysia met two-time winner South Korea for their first match on September 16. After a scoreless first half, South Korea managed to land the first goal in the 69th minute through Choi Soon-ho. However, “super sub” Zulkifle Hamzah came through with a dramatic equaliser in the final minute of the match.
In their match against Kuwait, Zulkifle once again gave Malaysia their only goal in a defeat that ended 1–3. Malaysia won 2–0 against UAE next in a match that remains as their only win in Asian Cup history. The goals were scored by Abdah Alif (30’) and Tukiman Bahari (89’).
For their last group match meeting Qatar on September 23, Harimau Malaya found themselves struck with injury, losing captain Soh Chin Ann and midfielder Bakri Ibni, leading to Shukor Salleh wearing the captain band and switching from defence to midfield. Tukiman gave Malaysia the first goal of the match in the 34th minute but Qatar equalised in the second half.
Ultimately, Malaysia did not manage to advance to the semi-finals after placing third in the group. It was not until 2007 that Malaysia made it back to the Asian Cup, qualifying as the host, before qualifying on merit for the 2023 edition after a 43-year wait.
Now, Harimau Malaya is leading at the third round of the 2027 Asian Cup Qualification after two matches. There is hope for the national football team to qualify consecutively and compete in Saudi Arabia as it was in 1980.