Selamat Tahun Baharu 2025!
Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua!
Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua atas sokongan anda sepanjang tahun lalu yang telah membantu memberi peluang dalam misi kami untuk mengiktirafkan legenda-legenda sukan tanah air.
Salah satu detik manis bagi tahun 2024 adalah membawa pameran Galeri Harimau Malaya ke Johor Bahru sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan. Kami berterima kasih kepada Kementerian Perpaduan Negara atas kesudian jemputan ini dan harap dapat bekerjasama lagi pada masa akan datang.
Pada 2024, kami juga berjaya menganjurkan Piala Legasi Lagenda buat kali pertama, iaitu kejohanan bola sepak B12 (L) dan B15 (P). Program ini telah diadakan di Stadium Hang Tuah, Melaka dengan kolaborasi bersama legenda bola sepak negara Remeli Junit dan Wong Kuw Fou, yang turut mengadakan klinik bimbingan dengan para peserta.
Kejohanan itu dilengkapi dengan pameran Galeri Harimau Malaya dan kami menjemput legenda bola sepak negara Datuk Wira Soh Chin Ann, Robert Choe, Rahim Abdullah dan bekas pemain wanita negara Julley Theseira sebagai tanda penghargaan jasa dan untuk memperkenalkan mereka kepada anak muda.
Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman bin Hj Rahman, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Tuan Mohd Asri bin Hj. Ninggal, dan Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, YB Datuk VP Shanmugam.
Legasi Lagenda memang teruja dengan betapa berminatnya generasi muda yang datang melihat pingat, jersi, program kejohanan dan memorabilia Harimau Malaya yang lain dari tahun 1950-an hingga sekarang buat pertama kali. Mereka juga dapat mempelajari sejarah bola sepak Malaysia dan mengenali legenda-legenda ini.
Legasi Lagenda bersyukur dapat menjayakan program ini dan berterima kasih kepada rakan-rakan strategik kami Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Sukan Negeri Melaka, Melaka FA, Bertam Ulu Football Club – BUFC dan Expro Group Malaysia.
Akhir sekali, kami ingin merakamkan penghargaan kami kepada legenda-legenda bola sepak kebangsaan atas sokongan berterusan mereka terhadap inisiatif-inisiatif Legasi Lagenda terutamanya, usaha kami untuk mendirikan Galeri Harimau Malaya yang tetap.
Nantikan pada tahun ini, kami berharap dapat membawa Galeri Harimau Malaya dan sejarah bola sepak Malaysia ke lebih banyak tempat di seluruh negara.
.
HAPPY NEW YEAR 2025!
Legasi Lagenda wishes a happy new year to all!
We would like to show our utmost gratitude and thank all of our supporters, which led us to many opportunities this past year in our mission to help recognise and honour our nation’s sports legends.
One of our highlights this year was bringing Galeri Harimau Malaya to Johor Bahru as part of National Unity Week 2024. We very much appreciate this opportunity from the Ministry of National Unity and we look forward to working together again in the future.
In 2024, we organised the first edition of Piala Legasi Lagenda, an U12 (B) and U15 (G) football tournament. It was hosted in Melaka in collaboration with national football legends Remeli Junit and Wong Kuw Fou, who held coaching clinics with all participants during the event.
The tournament was complemented with the Galeri Harimau Malaya exhibition and we invited national football legends Datuk Wira Soh Chin Ann, Robert Choe, Rahim Abdullah and ex-national women’s player Julley Theseira to be part of the event, in hopes to honour their contributions and introduce young players.
Also in attendance were Secretary General of FAM, Datuk Noor Azman bin Hj Rahman, Director of MSN Melaka, Tuan Mohd Asri bin Hj. Ninggal, and Melaka EXCO of Youth, Sports and NGO , YB Datuk VP Shanmugam.
We were thrilled by how interested and excited the young generation was to see for the first time Harimau Malaya medals, jerseys, tournament programs and other memorabilia ranging from the 1950s until now. They were also able to learn about the history of Malaysian football and get to know these legends.
Legasi Lagenda is sincerely grateful we were able to make this program a success thanks to our strategic partners MBMB, MSN Melaka, Melaka Football Association (MAFA), Bertam Ulu Football Club and Expro Group Malaysia.
Last but definitely not least, we would like to show our appreciation to the Malaysian national football legends for their continuous support towards our initiatives, especially our efforts to establish Galeri Harimau Malaya as a permanent space for all.
Stay tuned as we hope to bring Galeri Harimau Malaya and the history of Malaysian football to more places across the country in 2025.