Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Tunku Abdul Rahman (8 Februari 1903)

Sebelum menjadi Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun 1951. Beliau merupakan presiden pertama yang bukan dari keturunan British. Tunku menjalankan tugasan presiden ini dengan serius. Beliau merupakan insan yang penting dan pemangkin utama dalam pembangunan bola sepak, antara sukan lain, selepas mencapai kemerdekaan.

FAM menyertai Konfederasi Bola Sepak Asia pada tahun 1956 dan menjadi ahli FIFA dalam tahun 1958. Tunku tetap menghadiri mesyuarat bulanan AFC walaupun setelah menjadi Perdana Menteri. Beliau juga bertanggung jawab menyediakan beberapa pertandingan bola sepak, termasuk Piala FAM dan Piala Rahman.

Stadium Merdeka merupakan hasil buah fikiran Tunku sebagai simbol negara memperingati pencapaian kemerdekaan. Pestabola Merdeka pula diadakan buat julung kalinya pada tahun 1957. Ia merupakan pertandingan tertua di benua Asia, yang telah berkembang menjadi pertandingan berprestij dan menarik minat lawan dari negara-negara jiran.

Pada tahun 1963, Tunku memperkenalkan Kementerian Budaya, Belia dan Sukan dan beliau sendiri yang pertama menerajui kementerian baharu itu. Beliau telah meletakkan satu aras yang tinggi buat negara dan masih sanggup untuk membawa nama Malaysia ke persada dunia sukan dari Sukan SEA ke pentas Sukan Olimpik. 

Tunku percaya bahawa sukan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang baru merdeka dan terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Bola sepak, terutamanya, dijadikan simbol perpaduan negara. Pemain-pemain Malaysia terdiri daripada latar belakang yang pelbagai, bersatu untuk mengharumkan nama negara, manakala lapisan masyarakat yang berbilang bangsa bersorak bersama. 

Cinta Tunku terhadap sukan tentunya memberi manfaat semasa beliau memegang jawatan sebagai perdana menteri dan beliau tanamkan rasa cinta ini dalam sanubari rakyat Malaysia.

Semoga Allah swt. mencucuri rahmat ke atas roh Tunku Abdul Rahman.

(Kredit foto: Gol Pro)

#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#MuziumSukanMalaysia
#MuziumHarimauMalaya
#harimaumalaya

//

Tunku Abdul Rahman’s Birthday (February 8, 1903)

Before he was the first Prime Minister of Malaysia, Tunku Abdul Rahman became the President of the Football Association of Malaysia (FAM) in 1951. He was the first President of non-British descent. Tunku took his post seriously and was the main catalyst for the development of football, among other sports, after achieving independence. 

In 1956, FAM was inducted into the Asian Football Confederation (AFC) and became a member of FIFA in 1958. Even after Tunku became Prime Minister, he attended every monthly meeting held by the AFC. He also set up football competitions including the FAM Cup and Rahman Cup.

The Merdeka Stadium was his brainchild to commemorate the country achieving its independence. With it came the Merdeka Tournament in 1957, Asia’s oldest football tournament, which grew to be highly prestigious and attracted worthy opponents from neighboring countries.

In 1963, Tunku introduced the Ministry of Culture, Youth and Sports and was the first to lead the new venture. He had already set milestones for Malaysia and was willing to take the country further into the sporting world from the SEA Games to the Olympic stage.

Tunku believed that sport could be the glue to unite newly-independent Malaysians of different races and religions. Football, especially, became a symbol of national unity. National footballers of different backgrounds came together to make their country proud while Malaysians from every class cheered on. Tunku’s love for sport benefited his reign as Prime Minister and he instilled the same among Malaysians.

(Photo Credit: Gol Pro) 

Leave A Reply

Your email address will not be published.