Shukor Adan
Nama: Muhammad Shukor Adan
Tarikh Lahir: 24 September 1979
Tempat Lahir: Melaka, Malaysia
Karier bola sepak:
1995-97: Melaka
1998-99: Negeri Sembilan
2000-01: Negeri Sembilan (skuad senior)
2001-14: Malaysia (skuad kebangsaan)
2002-08: Selangor
2009-12: Negeri Sembilan
2013: ATM
2014-18: Felda United
2019: Melaka United
2020-: Kuala Lumpur City
Shukor Adan memulakan karier bola sepak beliau mewakili pasukan remaja Melaka dari 1995 hingga 1998. Beliau kemudian menyertai skuad Piala Presiden Negeri Sembilan dan seterusnya diserapkan dalam pasukan senior mereka.
Pada tahun 2002, Shukor menerima tawaran untuk menyertai Selangor FC. Kejohanan pertama beliau bersama skuad tersebut ialah Piala Sumbangsih 2002, di mana Selangor muncul sebagai juara. Bersama Selangor, beliau turut memenangi Piala Malaysia (2002, 2005) dan Piala FA (2005).
Shukor kembali ke pasukan Negeri Sembilan pada 2009 untuk musim terbaik sepanjang karier. Negeri Sembilan memenangi Piala Malaysia, di mana Shukor dipilih sebagai pemain terbaik di peringkat akhir. Berumur 30 tahun pada masa itu, beliau membantu Negeri Sembilan menamatkan kemarau selama 61 tahun dan mencapai kemenangan sekali lagi di Piala Malaysia 2011.
Setelah beliau menyertai Felda United pada 2014, pasukan itu melakar banyak kejayaan termasuk naib juara Liga Perdana Malaysia 2014 sebelum menang pada tahun 2018, naib juara Piala FA 2014, dan naib juara Liga Super Malaysia 2016.
Sejak 2020, beliau bermain bersama skuad Kuala Lumpur City FC. Shukor Adan mencipta rekod sebagai penjaring tertua dalam Liga Super Malaysia awal tahun ini semasa perlawanan KL City FC menentang UITM FC, 1–1. Komitmen terhadap sukan bola sepak menunjukkan keazaman beliau untuk menjadi pemain terbaik yang beliau boleh jadi. Masih bermain dengan KL City FC hari ini, beliau tidak menunjuk sebarang tanda untuk bersara.
Shukor Adan juga telah bermain untuk pasukan Harimau Malaya untuk sedekad lebih. Nantikan paparan berikutnya.
#LegasiLagenda
#LegasiLegendaDikenangYangKiniDijulang
#SukanSatukanMalaysia
#integriti
#pengorbanan
#kesabaran
#harimaumalaya
//
Shukor Adan started his football journey representing Melaka’s junior team from 1995 until 1998. He then joined Negeri Sembilan’s squad for the President’s Cup, which then led him to be absorbed by their senior team.
In 2002, Shukor received an offer to join Selangor FC. His first tournament with the squad was the 2002 Malaysian Charity Shield, where Selangor emerged as champions. With Selangor, he also won the Malaysia Cup (2002, 2005) and the FA Cup (2005).
Shukor returned to Negeri Sembilan in 2009 and had his best season of football. Negeri Sembilan won the Malaysia Cup, where Shukor was chosen as the Man of the Match at the finals. At 30 years old, he helped Negeri Sembilan end their 61-year drought, which he then repeated at the 2011 Malaysia Cup.
When he joined Felda United in 2014, the team achieved many successes including runners-up of the 2014 Malaysian Premier League before winning in 2018, runners-up at the 2014 FA Cup, and runners-up of the 2016 Malaysian Super League.
He has been playing for Kuala Lumpur City FC since 2020. He made the record as the oldest goalscorer in the Malaysian Super League earlier this year during KL City FC’s match against UITM FC, which ended in 1–1. His commitment to the sport shows his determination to be the best player he can be. Still playing with KL City FC today, he shows no sign of slowing down.
Shukor was also a member of the Harimau Malaya squad for over a decade. Stay tuned for our follow-up.