Beregu Lelaki Malaysia – Kejohanan Seluruh England
Malaya menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England pertama mereka melalui Ooi Teik Hock dan Teoh Seng Khoon pada tahun 1949 dalam acara beregu lelaki. Setelah berakhirnya generasi sulung bakat badminton, yang termasuk Eddy Choong dan Wong Peng Soon, beberapa tahun lalu untuk mengasah generasi seterusnya sebelum Malaya berjaya kembali ke podium kejohanan Seluruh England.
Pada tahun 1965 dan 1966, bakat baharu Ng Boon Bee & Tan Yee Khan berjaya meraih kemenangan beregu lelaki. Kemudian, gandingan legenda Ng Boon Bee & Punch Gunalan membawa pulang gelaran tersebut sekali lagi pada tahun 1971. Ia merupakan usaha yang menakjubkan oleh pasangan Malaysia selepas mereka menewaskan Rudy Hartono & Indra Gunawan dari Indonesia 15-5, 15-3 dengan penuh keyakinan pada perlawanan akhir.
Tidak disedari pada ketika itu, ia merupakan kemenangan Seluruh England terakhir Malaysia dalam acara beregu selama 11 tahun. Pada zaman 1980an, adik-beradik Sidek pula memberi nafas baharu kepada dunia badminton Malaysia. Pada tahun 1982, Razif dan Jalani Sidek merupakan pemain-pemain Malaysia pertama untuk mara ke peringkat akhir kejohanan Seluruh England sejak tahun 1974, di mana Punch Gunalan tewas kepada Rudy Hartono dalam acara perseorangan lelaki.
Razif dan Jalani telah membawa Malaysia kembali ke peringkat akhir beregu lelaki dan menanti mereka ialah Billy Gilliland & Dan Travers dari Scotland. Walau bagaimanapun perebutan tempat di pentas akhir hampir terlepas akibat perlawanan separuh akhir yang sengit menentang dengan Hariamanto Kartono dan Rudy Heryanto dari Indonesia. Pasangan Malaysia tewas set pertama 11-15 tetapi berjaya memenangi set kedua 15-4, sebelum kemenangan set ketiga yang berakhir 17-16.
Pada pusingan akhir, adik-beradik Sidek bergelut untuk mencari rentak pada mulanya dan tewas set pertama 8-15. Walaupun gandingan dari Scotland mendahului 4-9 pada set kedua, mereka bangkit semula untuk memastikan kemenangan 15-9. Dengan tahap keazaman yang tinggi dan permainan yang lebih agresif, Razif dan Jalani mengalahkan lawan mereka 15-10 pada set ketiga dengan perlawanan yang berlangsung selama 50 minit secara keseluruhan.
25 tahun kemudian, barulah Malaysia berjaya merebut kejuaraan beregu lelaki sekali lagi melalui Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. Walaupun itu kali terakhir Malaysia menang dalam acara tersebut, atlet-atlet hari ini menunjukkan bahawa ia masih dalam jangkauan seperti gandingan Aaron Chia & Soh Wooi Yik yang mara ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Seluruh England 2026. Malangya, mereka tewas 21-18, 12-21, 19-21 kepada Kim Won-ho dan Seo Seung-jae dari Korea Selatan.
Foto kiri: Razif & Jalani Sidek di Kejohanan Badminton Seluruh England 1982
Foto kanan: Aksi gandingan Punch Gunalan & Ng Boon Bee
//
Malaysian Men’s Doubles at the All-England Badminton Championships
Malaya won their first ever All-England Badminton Championship title through Ooi Teik Hock and Teoh Seng Khoon in 1949 in the Men’s Doubles event. After the end of Malaya’s first generation of badminton talents, including the great Eddy Choong and Wong Peng Soon, it took a few years to polish its stars before returning to the All-England podium.
In 1965 and 1966, new talents Ng Boon Bee & Tan Yee Khan clinched the Men’s Doubles win and then the legendary pairing of Ng Boon Bee & Punch Gunalan brought it home again in 1971. It was a tremendous effort by the duo as they confidently took down Indonesia’s Rudy Hartono & Indra Gunawan 15-5, 15-3 in the final match.
Unbeknownst at the time, this would be Malaysia’s last Men’s Doubles title for 11 years. In the 1980s, the Sidek brothers gave Malaysian badminton a new lease of life. In 1982, Razif and Jalani Sidek were the first Malaysians to reach the All-England finals since 1974, where Punch Gunalan lost to Rudy Hartono in Men’s Singles.
Now placing Malaysia back in the Men’s Doubles final, they were faced with Billy Gilliland & Dan Travers from Scotland. However, the opportunity was narrowly theirs after a nail-biting semi-final where they met Indonesia’s Hariamanto Kartono and Rudy Heryanto. Losing the first set 11-15, they powered through to win the second set 15-4, before a tense third set that ended 17-16.
In the final round, the Sidek brothers struggled to find their footing at first and lost the first set 8-15. However, even when the Scots were leading 4-9 in the second, they managed to bounce back to secure a 15-9 win. Through high levels of determination and more aggressive play, they defeated their opponents 15-10 in the third and final set, with the match lasting a total of 50 minutes.
It then took 25 years for Malaysia to win another title in men’s doubles, this time through Koo Kien Keat and Tan Boon Heong. Although Malaysia has not won in the event since then, today’s athletes demonstrate that it is still possible with Aaron Chia & Soh Wooi Yik reaching the final round of the 2026 All-England Badminton Championships albeit suffering an unfortunate 21-18, 12-21, 19-21 loss to South Korea’s Kim Won-ho and Seo Seung-jae.