R. Rama Krishnan (1953 – 2026)

R. Rama Krishnan
18 Jun 1953 – 28 Februari 2026

Legasi Lagenda ingin mengucapkan takziah kepada keluarga legenda hoki negara R. Rama Krishnan, yang telah meninggal dunia semalam.

Anak kelahiran Teluk Anson, Perak, Rama Krishnan dikenali sebagai pemain yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan mampu mengawal ketenangannya apabila di bawah tekanan.

Bekas kapten Speedy Tigers tersebut pernah bermain di tiga edisi Piala Dunia dan dua Sukan Olimpik dalam era kegemilangan Malaysia dan berjaya mencipta sejarah hoki negara.

Sebagai pemain pertahanan tengah, Rama Krishnan membintangi Sukan Olimpik Munich 1972, di mana Malaysia menduduki tempat kelapan. Beliau juga memainkan peranan penting dalam pasukan Malaysia di Piala Dunia 1975 dan berjaya mencapai tempat keempat di tanah air. Kedua-dua kejayaan ini kekal sebagai pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan-kejohanan tersebut. 

Setelah layak ke Sukan Olimpik sekali lagi pada tahun 1976, beliau kemudiannya menjadi kapten skuad Tigers di Sukan Asia dan Piala Dunia 1978. Sumbangan Rama Krishnan kepada sukan hoki tidak berakhir apabila beliau bersara kerana beliau kemudiannya giat melatih generasi muda pada pelbagai peringkat umur.

Kami berharap jasa Rama Krishnan akan terus diingati serta menjadi inspirasi kepada generasi muda dan akan datang. 

//

Legasi Lagenda wishes to extend our sincerest condolences to the family of national hoki legend R. Rama Krishnan, who passed away yesterday. 

Born in Teluk Anson, Perak, Rama Krishnan was known to be a very disciplined player and was able to maintain his cool under pressure.

The former captain played at three World Cups and two Olympic Games with the Speedy Tigers in an era where Malaysia was making hockey history. 

As half-back, Rama Krishnan starred at the 1972 Munich Olympic Games, where Malaysia placed eighth in hockey. He also played a pivotal role in the Malaysian team at the 1975 World Cup, where they reached fourth place on home soil. Both of these achievements remain Malaysia’s best in the respective tournaments.

After qualifying for the Olympics once again in 1976, he went on to become the Tigers’ captain at the 1978 Asian Games and World Cup. His contributions to the sport did not end when he retired as he went on to coach the younger generation at various age-group levels. 

We hope that Rama Krishnan will continue to be remembered and inspire generations to come.

Leave A Reply

Your email address will not be published.