Selamat Hari Lahir, Looi Loon Teik!

Legasi Lagenda ingin mengucapkan selamat hari lahir ke-81 kepada legenda bola sepak negara dan Olimpian, Looi Loon Teik!

Loon Teik mula mewakili Malaysia untuk pasukan belia kebangsaan. Beliau dipilih untuk menyertai latihan pusat pada tahun 1962 dalam persediaan untuk Kejohanan Bola Sepak Belia Asia 1963, yang dianjurkan di Pulau Pinang. Walaupun Malaysia tidak mendapat tempat pada tahun itu, Loon Teik masih menjadi sebahagian daripada pasukan pada tahun 1964 di mana mereka mengalahkan Korea Selatan 5-1 dalam perlawanan pingat gangsa.

Pada tahun 1963, Loon Teik juga dipanggil untuk menyertai Perak buat kali pertama ketika mereka bersiap sedia untuk musim Piala Malaya. Pada tahun berikutnya, Perak menjadi juara Piala FAM 1964, di mana Loon Teik menjaringkan gol dalam perlawanan akhir menentang Selangor untuk kemenangan 7-1, dan berjaya mempertahankan kejuaraan mereka pada 1965. Dalan perjuangan Piala Malaya, Perak menjadi naib juara edisi 1964 setelah tewas 2-3 kepada Singapura pada pusingan akhir.

Pada akhir tahun 1965, Loon Teik malangnya terpaksa berehat daripada bermain bola sepak akibat penyakit. Selepas enam tahun, beliau kembali ke padang secara rasmi dan menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk Pesta Sukan Singapura. Dengan kebangkitan yang mengagumkan, Loon Teik menuju ke Korea Selatan untuk kejohanan Pra-Olimpik 1971, di mana beliau menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan dan berjaya membantu Malaysia layak ke pentas Olimpik.

Kemuncak karier bola sepak Loon Teik datang pada tahun 1972, apabila Malaysia bertanding di Sukan Olimpik Munich. Beliau juga telah mewakili Malaysia di pelbagai pentas antarabangsa seperti Pestabola Merdeka, Kejohanan Ulang Tahun Jakarta, Piala Kemerdekaan Vietnam dan Sukan SEA.

Semoga segala pencapaian dan pengorbanan Looi Loon Teik dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda dan yang akan datang.

Foto kiri menunjukkan Looi Loon Teik di Sukan Olimpik Munich 1972.
Foto kanan diambil ketika Legasi Lagenda menziarahi Looi Loon Teik di kediaman beliau di Alor Setar, Kedah.

//

Happy Birthday, Looi Loon Teik!

Legasi Lagenda would like to wish a happy 81st birthday to national football legend and Olympian, Looi Loon Teik!

Looi Loon Teik began representing Malaysia for the youth team. He was first selected for training in 1962 as they prepared for the 1963 Asian Youth Football Tournament, which was held in Penang. While Malaysia did not place that year, Loon Teik was still part of the team in 1964 where they defeated South Korea 5-1 in the bronze medal match.

In 1963, Loon Teik was also called up to join Perak for the first time as they geared up for the Malaya Cup season. The following year, Perak were champions of the 1964 FAM Cup, where Loon Teik scored a goal in the final against Selangor for a 7-1 win, and managed to defend their in 1965. As for the Malaya Cup, Perak were runners-up in the 1964 edition after losing 2-3 to Singapore in the final round.

At the end of 1965, Loon Teik unfortunately had to take a break from playing football due to illness. After six years, he made his official return to join the Malaysian national squad for Pesta Sukan Singapore. And with an impressive comeback, he headed to South Korea for the 1971 Pre-Olympic tournament, where he scored four goals in three matches and helped Malaysia qualify.

The career highlight for Loon Teik came in 1972, when Malaysia competed at the Munich Olympic Games. He has also represented Malaysia on various international stages such as the Merdeka Tournament, the Jakarta Anniversary Tournament, the Vietnam Independence Cup and the SEA Games.

We hope that his sacrifices and success will continue to inspire the young and generations to come.

The left photo shows Looi Loon Teik at the 1972 Munich Olympic Games.
The right photo was taken when Legasi Lagenda visited Looi Loon Teik at his residence in Alor Setar, Kedah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.