Artis Malaysia main bola sepak?
Pelakon yang popular dengan filem Adik Manja, Dharma Harun Al Rashid, telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 25 November 2025.
Tahukah anda, selain daripada seni lakonan, beliau juga aktif dalam bola sepak bersama rakan-rakan artis lain yang se-era bersamanya, dan pernah bersinonim dengan jersi no. 10.
Pada awal 1980-an, artis-artis tanah air turut mewarnai dunia sukan negara, khususnya bola sepak. Mereka yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pelawak telah bergabung dalam sebuah pasukan di bawah pengurus pasukan, Allahyarham Latiff Ibrahim.
Menurut Latiff pada ketika itu, hasrat penubuhan pasukan bola sepak adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan artis di Malaysia dan juga rantau ASEAN. Antara tujuan lain adalah memberi ruang untuk para artis meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah.
Kapten serta jurulatih pasukan masa itu, Allahyarham Dhalan Zainuddin, menyatakan penubuhan pasukan artis ini juga dapat memberi imej yang baik kepada masyarakat.
Perlawanan pertama mereka menentang artis dari negara jiran, Singapura, yang berlangsung di Stadium Merdeka pada awal tahun 1981. Pasukan Artis Malaysia menang 5–0 ke atas pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain kebangsaan Singapura serta jurulatih pasukan Lion Cup B-16 tahun, Dollah Kassim.
Tentunya bola sepak dapat menyatukan bukan sahaja para artis malah semua lapisan masyarakat. Jasa, pengorbanan serta niat murni para artis era 1980-an patut kita sanjung tinggi.
10 daripada 11 pemain artis Malaysia yang tertera di foto telah meninggal dunia. Marilah kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang yang beriman dan semoga Allah SWT melimpahkan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan AR Badul.
Anda tahu siapa yang membarisi pasukan artis Singapura? Sila komen di bawah.
Pasukan Artis Malaysia:
Barisan hadapan:
R. Jaffar, Hail Amir, Hamid Gurkha, Yahya Sulong, A.R. Badul
Barisan belakang:
M. Rizal, A.K. Jailani, Zulkifli Zain, Dharma Harun Al Rashid, M. Sani, Latiff Ibrahim, Dhalan Zainuddin
//
Malaysian Artists Playing Football?
Dharma Harun Al Rashid, the actor who was made popular with the film “Adik Manja”. recently passed away on November 25, 2025.
Did you know that apart from acting, he was also active in football with other artists who were in the same era, and was once tied to jersey no. 10?
In the early 1980s, Malaysian artists delved into the world of local sports, especially football. Actors, singers and comedians alike joined together in a team under the team manager, the late Latiff Ibrahim, under “Artis Malaysia”.
According to Latiff at that time, the intention of establishing a football team was to strengthen the relationship between fellow artists in Malaysia and the ASEAN region. It was also a way to provide space for artists to spend their time doing beneficial activities.
Meanwhile, captain and coach of the team, the late Dhalan Zainuddin stated that the sporty initiative could also give a good image to the community.
The team’s first match was against artists from Singapore, which was held at Merdeka Stadium in early 1981. The Malaysian team won 5–0 against the neighbouring team coached by former Singapore national player and under-16 Lion Cup team coach, Dollah Kassim.
A simple initiative showed that football can unite not only artists but all walks of life, demonstrating also the sacrifices and goodwill of these artists from the 1980s. 10 out of the 11 Malaysian artist players shown in the photo have passed away. Let us pray that their souls will be blessed by Allah SWT and placed with the faithful. And may Allah SWT bestow good health and ease to AR Badrul.
Do you know who is lining up for the “Artis Singapura” team? Do let us know below.