SUKAN SEAP 1965 – Olahraga Menguasai Penganjuran Pertama Kuala Lumpur
Tahniah kepada kontinjen Malaysia atas segala kejayaan di Sukan SEA Thailand 2025! Dengan jumlah pingat sebanyak 231, ia merupakan pungutan pingat tertinggi di Sukan SEA yang di luar penganjuran Kuala Lumpur serta menyaksikan Malaysia menduduki tempat keempat dalam edisi tersebut. Malaysia telah menduduki tempat pertama dalam dua kejohanan terakhir yang diadakan di tanah air dengan rekod tertinggi masih kekal dengan 323 pingat yang dikumpul di Sukan SEA KL 2017.
Bendera Persekutuan Sukan SEA kini telah diserahkan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah edisi ke-34 pada tahun 2027. Bagi edisi ini, acara-acara dijadualkan berlangsung di beberapa tempat di Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor, serta Velodrom Nasional Malaysia di Negeri Sembilan dan Pusat Pelayaran Nasional di Kedah.
Kali pertama Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah adalah untuk edisi ke-3 Sukan SEAP (Semenanjung Asia Tenggara) pada tahun 1965. Ia merupakan satu kejayaan penuh dengan kegemilangan terutamanya bagi kontinjen Malaysia yang telah menggandakan kemenangan pingat emas mereka berbanding edisi sebelumnya dengan jumlah 33. Secara keseluruhan, Malaysia juga memenangi 36 pingat perak dan 28 pingat gangsa dan muncul sebagai naib juara kejohanan di bawah Thailand.
Bakat-bakat Malaysia bersinar dalam acara olahraga dan berjaya memperoleh 19 pingat emas dalam pertandingan sukan tersebut. “The Flying Doctor” M. Jegathesan membawa pulang dua pingat emas dan memecahkan rekod acara 100m dan 200m. Beliau hampir menarik dari kerana peperiksaan perubatan tahun kelimanya di universiti diadakan seminggu selepas itu. Walau bagaimanapun, beliau membuktikan bahawa dengan pengorbanan dan keazaman yang tinggi, kejayaan boleh dicapai.
Pemecah rekod Sukan SEA dari Malaysia juga termasuk A. Victor (400m), R. Subramaniam (800m, 1500m), Dilbagh Singh Kler (5000m), Kamaruddin Mydin (lompat jauh, lompat kijang), Nashatar Singh (lontar peluru, rejam lembing), serta acara lari berganti-ganti 4x100m dan 1600m.
Sementara itu, ratu pecut M. Rajamani mendominasi kejohanan wanita dengan bukan sahaja memenangi emas dalam acara 200m dan 400m, tetapi juga memecahkan rekod Asia. Beliau turut memenangi pingat emas dalam 600m dan acara lari berganti-ganti 400m bersama Cheryl Dorall, Freda Gonzales, dan Kueh Swee Hong, yang juga memenangi pingat emas dalam acara 80m lari berpagar-pagar.
Semoga kejayaan lampau menjadi inspirasi kepada para atlet Malaysia yang akan bertanding di Sukan SEA 2027.
1965 SEAP Games
Athletics Dominate Kuala Lumpur’s First Hosting
Congratulations to Malaysia’s contingent on their success at the 2025 Thailand SEA Games! Malaysia’s total of 231 medals made it the country’s highest total medal count achieved at a SEA Games held outside Kuala Lumpur, placing 4th overall in this edition. Malaysia has placed first in the last two tournaments held on home soil with their highest record still maintained at 323 as collected at the 2017 KL SEA Games.
The SEA Games Federation flag has now been handed over to Malaysia to host the 34th edition in 2027, with events scheduled to take place in various venues across Kuala Lumpur, Sarawak, Penang and Johor, as well as utilising the National Velodrome in Negeri Sembilan and the National Sailing Centre in Kedah.
The first time Malaysia was given the honour to host was for the 3rd edition of the SEAP (South East Asian Peninsular) Games in 1965. It was a roaring success, especially for Malaysia who more than doubled their gold medal wins of the previous edition with a total of 33. Across all events, Malaysia also won 36 silver and 28 bronze medals, emerging as the runner-up of the tournament below Thailand.
Malaysia’s talents shined in the athletic events, securing 19 gold medals in that category alone. “The Flying Doctor” M. Jegathesan took home two gold medals, breaking records in 100m and 200m, after almost missing the Games due to his fifth-year medical exams being held shortly after. However, he proved that with sacrifice and determination, success can still be achieved.
Further SEA Games record breakers include A. Victor (400m), R. Subramaniam (800m, 1500m), Dilbagh Singh Kler (5000m), Kamaruddin Mydin (long jump, triple jump), Nashatar Singh (shot put, javelin throw), as well as the 4x100m and 1600m relay.
Meanwhile, sprint queen M. Rajamani dominated her events not only winning gold in 200m and 400m, but also breaking the Asian record. She also went on to win her third and fourth gold medal in 600m and 400m relay alongside Cheryl Dorall, Freda Gonzales, and Kueh Swee Hong, who also clinched gold in 80m hurdles.
With hope, may past successes be an inspiration to the Malaysian athletes who will compete in the 2027 SEA Games.