Dalam Kenangan: Dato’ Namat Abdullah

DATO’ NAMAT ABDULLAH
30 Mac 1946 – 17 Disember 2020

Pada hari ini, kami mengenang jasa dan kejayaan Allahyarham Namat Abdullah yang telah meninggalkan kita lima tahun lalu pada 17 Disember 2020.

Anak kelahiran Pulau Pinang, Namat Abdullah seorang legenda bola sepak yang telah berbakti demi negeri kelahirannya serta Malaysia.

Perjuangan beliau dalam kancah bola sepak domestik bermula pada tahun 1965 apabila beliau dipilih untuk mewakili Pulau Pinang buat kali pertama bagi Piala Burnley. Ia juga menandakan kemenangan pertama pasukan Pulau Mutiara di kejohanan belia tersebut setelah menewaskan Perak (3-1) pada peringkat akhir. Namat kemudiannya menyertai skuad senior Pulau Pinang dan, sebagai kapten, berjaya menamatkan kemarau selama 16 tahun apabila mereka memenangi Piala Malaysia 1974.

Namat menyertai pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 1968, dan terus meraih kemenangan setelah pasukan kebangsaan menewaskan Burma 3-0 pada perlawanan akhir. Kemudiannua  tiba kemuncak kerjaya Namat apabila beliau mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Munich 1972. Ia merupakan satu momen yang membanggakan bagi seorang pemain pertahanan yang lasak yang memulakan karier sebagai penyerang.

Kemenangan pingat gangsa di Sukan Asia Tehran 1974 juga merupakan satu detik manis bagi beliau. Setelah menduduki tempat kedua dalam kedua-dua pusingan kumpulan, Malaysia bertemu Korea Utara untuk perlawanan pingat gangsa dan berjaya mengalahkan mereka 2-1, dengan hasil jaringan Isa Bakar. Sebulan sebelum itu, Malaysia dinobatkan sebagai juara Pestabola Merdeka 1974 untuk kali kedua berturut-turut selepas Mokhtar Dahari menjaringkan gol kemenangan menentang Korea Selatan (1-0).

Penampilan terakhir Namat untuk Harimau Malaya adalah di Kejohanan Ulang Tahun Jakarta 1975. Pada keseluruhannya, beliau mencatat sejumlah 95 caps antarabangsa yang diiktirafkan oleh FIFA.

Semoga segala keringat yang dicurahkan kepada dunia bola sepak senantiasa dikenang dan kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada semua untuk merangkul pencapaian yang lebih tinggi.

Marilah kita sama-sama doakan agar roh Allahyarham Namat dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama orang beriman.

DATO’ NAMAT ABDULLAH
30 Mac 1946 – 17 Disember 2020

Today we remember the successes and contributions of the late Namat Abdullah, who left us five years ago on December 17, 2020. 

Born in Penang, Dato’ Namat Abdullah was not only a football legend when representing his home state but Malaysia as well. 

It all began in 1965 when he was first selected to represent Penang at the Burnley Cup. It also marked their first victory at the youth tournament after defeating Perak (3-1) in the finals. He then went on to join Penang’s senior squad and, as captain, ended a 16-year drought when they won the 1974 Malaysia Cup.

Namat joined the Malaysian national football team in 1968, and immediately felt the taste of victory after Malaysia defeated Burma 3-0 in the final match. Then came the highlight of his career, where he qualified for and then played at the 1972 Munich Olympic Games. It was a proud moment for the skillful defender who started his career as a striker. 

Another momentous occasion was winning bronze at the 1974 Tehran Asian Games. After placing second in both group rounds, Malaysia met North Korea for the bronze medal match and defeated them 2-1. Isa Bakar scored both goals. Just a month before, Malaysia were crowned champions at the 1974 Merdeka Tournament for a second year in a row after Mokhtar Dahari scored the winning goal against South Korea (1-0).

Namat’s last appearance for Harimau Malaya was at the 1975 Jakarta Anniversary Tournament, totalling to 95 international caps that were recognised by FIFA  

May the blood, sweat and tears he poured into the world of football always be remembered and for his successes to be an inspiration for greater achievements.

Leave A Reply

Your email address will not be published.