Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan, Bapa Bola Sepak Malaysia

50 tahun lalu, Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia selepas 24 tahun.

Tunku mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula pada Mesyuarat Agung Tahunan FAM yang akan datang dan menyatakan bahawa beliau berbangga dengan tahap bola sepak di Malaysia. Beliau juga mengakui bahawa 24 tahun “terlalu lama” untuk sesiapa pun menjadi ketua persatuan dan ia merupakan keputusan terbaik supaya kancah bola sepak Malaysia terus maju. 

Pihak FAM mengadakan majlis makan malam perpisahan, di mana Tunku menyampaikan cenderahati kepada legenda-legenda bola sepak negara M. Chandran dan Namat Abdullah kerana masing-masing mencapai 100 caps antarabangsa. Tunku juga meluahkan kesyurukan and berterima kasih atas sokongan yang diperoleh sepanjang tempoh beliau sebagai Presiden yang penuh dengan detik-detik manis. 

Tentunya, dunia bola sepak Malaysia semakin membangun sejak Tunku menjadi Presiden FAM dan Perdana Menteri pertama negara pada tahun 1957. Untuk meraikan kemerdekaan Malaya, Tunku telah membina Stadium Merdeka dan mewujudkan Pestabola Merdeka, kejohanan bola sepak jemputan tertua di Asia, yang berkembang menjadi sebuah pertandingan yang berprestij.

Seorang peminat sukan sejak kecil, beliau percaya bahawa sukan dapat menyatukan rakyat daripada berbilang kaum, agama dan lapisan masyarakat. Bola sepak dijadikan simbol perpaduan negara kerana Tunku Abdul Rahman. Kami berharap dedikasi beliau dalam evolusi bola sepak dan semangat patriotik yang beliau tanamkan dalam rakyat Malaysia terus diingati dan dihargai oleh semua. 

Legasi Lagenda ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-68 kepada semua rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama meneruskan semangat kenegaraan dan perpaduan melalui sukan yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman. 

//

50 years ago, Malaysia’s founding father Tunku Abdul Rahman stepped down as President of the Football Association of Malaysia after 24 years at the helm. 

Announcing that he would not stand for re-election at FAM’s next Annual General Meeting, he stated that he was proud of the current standard of football in Malaysia. He also admitted that 24 years was “too long” for anyone to be head of an association and it would be the best decision for Malaysian football to progress further. 

The FAM council held a dinner to mark his farewell, where he presented commemorative gifts to national football legends M. Chandran and Namat Abdullah for achieving 100 international caps each. Tunku expressed his gratitude for the support garnered throughout his years as President and shared how some of his happiest moments were associated with the post. 

Indeed, Malaysian football had grown exponentially since 1957 when Tunku was both FAM President and the nation’s first Prime Minister. To celebrate Malaya’s independence, Tunku built the Merdeka Stadium and held the Merdeka Tournament, the oldest invitational football tournament in Asia, which grew to be a highly prestigious event. 

A sportsman himself since young, he was a firm believer that sports could unite people of different races, religions and social backgrounds. Football became a symbol of national unity because of Tunku. We hope that his dedication towards its evolution and the patriotic spirit he instilled in Malaysians continue to be remembered and appreciated by all.
Legasi Lagenda would like to wish all Malaysians a Happy 68th Independence Day. Let us all continue the spirit of unity through sports as pioneered by Tunku Abdul Rahman.

Leave A Reply

Your email address will not be published.