27 OGOS 1972 – Harimau Malaya di Pentas Olimpik

27 Ogos 1972 merupakan detik bersejarah bagi pasukan bola sepak kebangsaan. Malaysia mendapat penghormatan untuk membuka tirai perlawanan bola sepak Kumpulan 1 di Sukan Olimpik 1972 menentang tuan rumah Jerman Barat.

Pasukan negara mendapat sokongan penonton berjumlah sekitar 55,000 yang hadir di Olympiastadion, Munich. Pemain-pemain Malaysia memikat hati penonton dengan skil bola sepak yang baik dan berjaya mengikat pasukan lawan 0–0 pada separuh masa pertama.

Namun, pintu gol Malaysia berjaya dibolosi pada minit ke-56. Pemain pertahanan Bahwandi Hiralal, dalam usaha untuk menyekat Ronnie Worm, menyepak bola ke gawang sendiri mengelirukan penjaga gol Wong Kam Fook.

Kam Fook yang bertindak cemerlang mengawal gawang dalam perlawanan tersebut terpaksa akur dengan kebolehan pasukan lawan yang turut dibintangi oleh “Golden Boy” Uli Hoeneß. Jerman Barat berjaya mendapat dua lagi gol menerusi Jürgen Kalb (71’) dan Rudolf “Rudi” Seliger (82’).

Foto yang ditandatangani Wong Kam Fook (paling kanan) menunjukkan aksi perlawanan Malaysia v Jerman Barat, termasuk pemain Harimau Malaya Bahwandi Hiralal (jersi kuning).

//

AUGUST 27, 1972
HARIMAU MALAYA AT THE OLYMPICS

August 27, 1972 was a historic date for the Malaysian national football team. Malaysia had the honour of opening the Group 1 football match at the 1972 Munich Olympic Games against the hosts West Germany.

The national team was supported by a crowd of around 55,000 who were present at the Olympiastadion, Munich. The Malaysian players captivated the audience with their impressive football skills and managed to tie the opposing team 0–0 in the first half.

However, Malaysia conceded a goal in the 56th minute. Defender Bahwandi Hiralal, in an attempt to block West Germany’s Ronnie Worm, kicked the ball into his own goal, confusing goalkeeper Wong Kam Fook.

Kam Fook who acted brilliantly in controlling the goalmouth in the match had to accept the skills and abilities of the opposing team, which also starred “Golden Boy” Uli Hoeneß. West Germany managed to get two more goals through Jürgen Kalb (71’) and Rudolf “Rudi” Seliger (82’).

The photo signed by Wong Kam Fook (far right) shows Malaysia v West Germany in action, including Harimau Malaya player Bahwandi Hiralal (yellow jersey).

Leave A Reply

Your email address will not be published.