50 Tahun Lalu: Pencapaian Terbaik Malaysia di Hoki Piala Dunia (Bhg. 3)

Bahagian 1
Bahagian 2

Dalam bahagian sebelum ini, kami telah mengimbas kembali perjalanan pasukan malaysia di Hoki Piala Dunia 1975 sehingga mereka berjaya mara ke peringkat separuh akhir. 

Setelah menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A, Malaysia mara ke separuh akhir bersama-sama Pakistan, yang berada di tempat pertama.

Perlawanan separuh akhir antara Malaysia dan juara Kumpulan B India yang asalnya dijadualkan pada 13 Mac 1975, telah ditangguhkan akibat hujan lebat memaksa mereka untuk meninggalkan permainan selepas sembilan minit. Perlawanan yang mendebarkan itu dimainkan semula pada pukul 9 pagi keesokan harinya dengan kehadiran 50,000 penonton bersemangat. 

Semua perhatian tertumpu kepada Malaysia selepas mereka menumbangkan juara bertahan Belanda untuk mendapat tempat yang diidamkan. Pasukan negara mencetus keyakinan dengan jaringan gol pembukaan daripada Poon Fook Loke tetapi India menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. 

Pada minit ke-45, ketua pasukan Sri Shanmuganathan memberikan Malaysia gol kedua mereka. Namun, India tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan sekali lagi dengan permainan berbaki sembilan minit dan mengheret perlawanan ke masa tambahan. Pada minit ke-4 masa tambahan, Harcharan Singh memberikan kemenangan perlawanan kepada India.

Malaysia mempunyai satu lagi peluang untuk melangkah ke podium. Itu adalah dengan perlawanan tempat ketiga menentang Jerman Barat. Malaysia yang masih sedang berpulih daripada perlawanan separuh akhir, harus bermain tanpa bintang-bintang pasukan Poon Fook Loke dan A. Francis akibat kecederaan. Akhirnya, Jerman Barat menguasai permainan dan memenangi perlawanan tersebut 4-0.

Tempat ke-4 pada tahun 1975 itu masih terpahat sebagai pencapaian terbaik skuad hoki negara pada kempen Piala Dunia. 

Sumber foto perlawanan asal: The Star

//

50 Years Ago
Malaysia’s Greatest Achievement at the Hockey World Cup

In our previous post, we looked back on Malaysia’s journey at the 1975 Hockey World Cup and now, we’ve reached the semi-finals. 

After placing second in Pool A, Malaysia advanced to the semi-finals along with Pakistan, who were on top. 

Originally scheduled for 13 March 1975, the semi-final match between Malaysia and India was postponed after heavy rain forced them to abandon play nine minutes into the match. The anticipated knockout was replayed at 9am the following day with 50,000 eager spectators in attendance. 

All eyes were on Malaysia after they took down defending champions the Netherlands to reach the coveted spot. The national team sparked confidence after scoring the opener through Poon Fook Loke but India equalised in the second half. 

While team captain Sri Shanmuganathan managed to give Malaysia their second goal in the 45th minute, India did not give up to equalise again nine minutes before the whistle blew, sending the match into extra time. Four minutes into extra time, Harcharan Singh gave India the win. 

Malaysia had one more chance to step onto the podium, and that was the third-place match against West Germany. Malaysia was still recovering from their match against India and they were without star players Poon Fook Loke and A. Francis due to injuries. As such, West Germany was in full command of the game winning the match 4–0. 

Malaysia’s fourth place finish in 1975 is still remembered as the national hockey squad’s greatest achievement at the World Cup.

Original photo source: The Star

Leave A Reply

Your email address will not be published.