Gol Pertama Seorang Pemain Pertahanan – Dato’ Jamal Nasir

Anak jati Terengganu yang dilahirkan pada 12 September 1954, Jamal Nasir merupakan legenda bola sepak negara pada zaman 1970-80an. Pada usia 16 tahun, beliau diserapkan dalam pasukan Pahang dan berjaya membantu pasukan Tok Gajah menjuarai Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 1983.

Pada peringkat antarabangsa, Jamal telah beraksi dengan Harimau Malaysia dalam kejohanan-kejohanan termasuk Pestabola Merdeka, Sukan SEA, Piala Raja Thai dan Kejohanan Ulang Tahun Jakarta. 

Detik paling manis dalam karier bola sepak beliau adalah apabila Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980. Pada kejohanan kelayakan itulah Jamal menjaringkan gol antarabangsa pertama beliau menentang Filipina. Sebagai pemain bek kanan, Jamal ditugaskan untuk menguasai kubu pertahanan Malaysia bersama pemain-pemain legenda seperti Soh Chin Ann dan Santokh Singh. 

Pada hari yang bersejarah itu. 2 April 1980, Jamal mencuri perhatian ramai apabila sebagai seorang pemain pertahanan beliau berjaya menyumbang gol ke-6 Malaysia dalam perlawanan yang berakhir 8–0. Dalam perlawanan tersebut Jamal menunjukkan bagaimana menekan pihak lawan harus dilakukan. 

Setelah mengelecek lawan sejauh 40 meter,  Jamal membuat satu larian pantas untuk menerima umpanan balas daripada Remeli Junit. Beliau kemudiannya membuat satu satu sepakan lambungan tepat yang melewati jangkauan penjaga gol gantian Filipina, Sherlock Cordova. Gol Malaysia yang lainnya dijaringkan oleh Hassan Sani (x2), Khalid Ali (x2), Remeli Junit (x2) dan Abdah Alif. 

Kemenangan besar itu mengesahkan tempat Malaysia ke perlawanan akhir bertemu Korea Selatan dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik 1980. Malangnya, mereka tidak dapat beraksi di Moscow kerana kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk memulau Sukan Olimpik itu sebagai bantahan terhadap Rusia mencerobohi Afghanistan. Sebagai imbuhan bagi mengubati kepahitan tersebut, mereka dibawa untuk “World Tour” ke USA, Eropah dan Brazil.

//

A DEFENDER’S FIRST GOAL
DATO’ JAMAL NASIR

Born on 12 September 1954 in Terengganu, Jamal Nasir is a national football legend of the 1970s-80s. At the age of 16, he was selected to join Pahang, and eventually led the Tok Gajah to win the Malaysia Cup for the first time in 1983. 

At an international level, Jamal played for Harimau Malaya for various tournaments including the SEA Games, Merdeka Tournament, Thai King’s Cup and the Jakarta Anniversary Tournament. 

A highlight of his football career was when Malaysia qualified for the 1980 Olympic Games. It was the qualifying tournament where Jamal scored his first international goal against the Philippines. As a right-back at the time, Jamal was tasked with strengthening Malaysia’s defence alongside legendary players such as Soh Chin Ann and Santokh Singh. 

On 2 April 1980, Jamal had his moment in the limelight as he gave Malaysia their sixth goal in a match that ended 8–0. Even as a defender, he showed his opponents what he had. 

Dribbling the ball for around 40 meters, a quick return pass from Remeli Junit led him to speed down the pitch and make a successful shot over the Philippines’ substitute goalkeeper, Sherlock Cordova. The other goals were scored by Hassan Sani (x2), Khalid Ali (x2), Remeli Junit (x2) and Abdah Alif. 

The goal-filled victory confirmed Malaysia’s place in the final match, where they faced South Korea and secured a place at the 1980 Olympics. It was then a bittersweet moment as the Malaysian government had already decided to boycott the Games due to Russia’s invasion in Afghanistan. The team was instead rewarded with a “World Tour” of the US, Europe and Brazil. 

Leave A Reply

Your email address will not be published.