Perlawanan Antarabangsa Tier 1 2025 – Malaysia v Cabo Verde
Malaysia 🇲🇾 1 – 1 🇨🇻 Cabo Verde
⚽️ Sidny Lopes Cabral 9’
⚽️ Paulo Josué 79’
Harimau Malaya berjaya mengikat pasukan Cabo Verde 1–1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pasukan Blue Sharks yang berada di tangga ranking ke-72 FIFA membuka jaringan pada awal perlawanan menerusi tendangan kencang Sidny Lopes Cabral pada minit ke-9.
Walau bagaimanapun, pasukan negara bangkit pada separuh masa kedua. Stadium yang dipenuhi dengan 10,708 penonton menjadi riuh apabila Paulo Josué yang baru saja dimasukkan terus berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.
Malaysia yang berada di ranking ke-131 FIFA akan bertemu Cabo Verde sekali lagi dalam perlawanan persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL Sports City pada 3 Jun nanti. Ini adalah dalam rangka persediaan sebelum menentang pasukan Vietnam untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 – Pusingan Ketiga pada 10 Jun di Stadium Nasional.
Semoga Harimau Malaya di bawah kendalian Peter Cklamovski akan terus berjaya.
Di sini kami paparkan galeri foto perlawanan.
International Match Tier 1 2025
Malaysia 🇲🇾 1 – 1 🇨🇻 Cabo Verde
Harimau Malaya tied Cabo Verde 1–1 in a friendly match held at the Kuala Lumpur Football Stadium, Cheras.
The Blue Sharks, ranked 72nd in FIFA, scored early in the match with a powerful shot from Sidny Lopes Cabral in the 9th minute.
However, the Malaysian national team managed to bounce back in the second half. The stadium filled with 10,708 spectators erupted with cheers as Paulo Josué, who had just been substituted in, scored the equalizer in the 79th minute.
Malaysia, ranked 131st in FIFA, will meet Cabo Verde again in a closed friendly match at the Bukit Jalil National Stadium, KL Sports City on June 3rd. This is in preparation before facing Vietnam at the 2027 Asian Cup Qualification – Third Round match on June 10 at the National Stadium.
We will see if Harimau Malaya under Peter Cklamovski will continue their momentum.
Here we display the photo gallery of the match.